TAHUN pertama Mayor Max III menjalankan tugas, telah dilaksanakan dengan jayanya.
Anjing baka Golden Retriever itu merupakan 'Datuk Bandar' bagi pekan kecil Idyllwild yang terletak di California Selatan.
Sejak 2012, tiga generasi Golden Retriever telah memegang kerusi 'Datuk Bandar' Idyllwild, iaitu sebuah pekan pergunungan yang tidak memiliki kuasa pentadbiran sendiri mahupun kerajaan tempatan rasmi.
Sebab itulah, secara teknikalnya, Idyllwild yang terletak di bawah bidang kuasa Riverside County District 4, tidak mempunyai 'Datuk Bandar' manusia.
Sebagai 'penyelesaian suka-suka', pekan tersebut mengadakan pemilihan 'Datuk Bandar' pertama pada 2012 dengan persaingan antara 14 ekor anjing dan dua ekor kucing, lapor The Washington Post.
Pilihan raya itu dikendalikan oleh organisasi penyelamat haiwan tempatan, Animal Rescue Friends of Idyllwild (ARF) bagi tujuan mengumpul dana. Setiap undi daripada penduduk tempatan terhadap calon-calon yang mereka pilih, dikenakan yuran serendah AS$1 yang kemudiannya terkumpul untuk tabung ARF.
"Mereka semua (ketiga-tiga anjing berkenaan) adalah pemimpin yang sangat baik.
"Ini adalah peluang untuk menjadi 'Datuk Bandar' Idyllwild dan melakukan tugas sebenar, tanpa melibatkan politik.
“Max menyayangi semua orang tanpa syarat. Ia tidak melibatkan drama politik," kata Ketua Kakitangan Datuk Bandar Max III, Phyllis Mueller, yang juga pemilik tiga generasi Golden Retriever itu.
Tahun ini merupakan tahun yang sibuk untuk Max III, yang baru sahaja meraikan ulang tahun pertamanya sebagai 'Datuk Bandar' dalam majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu.
Sepanjang 12 bulan yang lalu, Max telah membuat penampilan awam setiap hari di pusat bandar, sambil melawat hospital, sekolah dan rumah jagaan. Ia akan menemani pesakit hospis semasa detik-detik terakhir mereka dan menjadi motivasi kepada mereka yang berputus asa untuk meneruskan hidup.
"Kami melakukan setiap jenis acara yang anda boleh bayangkan," kata Mueller, sambil menambah bahawa dia dan suami menanggung semua kos yang berkaitan untuk membantu Max menjalankan tugas.
Tambahnya: “Kami sentiasa cuba membantu masyarakat. Ia sangat menyeronokkan dan ia tugas yang serius."
Agensi
Sun Oct 01 2023

Sepanjang 12 bulan yang lalu, Max telah membuat penampilan awam setiap hari di pusat bandar. - Instagram/mayormax1
Tumpuan Isnin– 28 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Elak sebar kandungan lucah, perlu bangun kod teras
Sistem kecerdasan buatan (AI) perlu dibangunkan dengan kod teras bagi menghalang penyalahgunaan seperti penghasilan dan penyebaran kandungan lucah.
Polis perlu pandangan pihak luar untuk tingkatkan perkhidmatan - Saifuddin
Ujar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan pandangan pihak luar untuk meningkatkan tahap perkhidmatan.
Maritim Selangor tahan bot bawa lebih penumpang di Pulau Ketam
Sebuah bot yang membawa lebihan penumpang di Pulau Ketam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor. Bot tersebut didapati melanggar pelbagai syarat sah lesen dan insurans yang telah tamat tempoh.

Nouran Gohar sekat misi kejuaraan kedua Sivasangari
Sivasangari memberi tentangan hebat sebelum tunduk 7-11, 12-14, 9-11 kepada juara pilihan utama kejohanan berkenaan.
Projek bina Sekolah Sukan Negeri Perlis bermula tahun ini - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa projek pembinaan Sekolah Sukan Negeri Perlis yang tergendala sejak lebih 10 tahun yang lalu akan dimulakan pada tahun ini.
anwar ibrahim, sekolah, perlis
Malaysia terajui agenda hak asasi manusia melalui dua perbincangan strategik
Dua perbincangan penting berkaitan hak asasi manusia di peringkat serantau akan dianjurkan pada 28 dan 29 April.
Perbincangan ini bertujuan memperkukuh Komuniti ASEAN dan menyokong pembangunan Rangka Pelan Tindakan Lima Tahun AICHR (2026–2030).
anwar ibrahim, sekolah, perlis
Malaysia terajui agenda hak asasi manusia melalui dua perbincangan strategik
Dua perbincangan penting berkaitan hak asasi manusia di peringkat serantau akan dianjurkan pada 28 dan 29 April.
Perbincangan ini bertujuan memperkukuh Komuniti ASEAN dan menyokong pembangunan Rangka Pelan Tindakan Lima Tahun AICHR (2026–2030).
Presiden Maldives tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi 4 hari
Dalam lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, Presiden Maldives akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerjasama dua hala. Lawatan ini juga akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman dalam pelbagai sektor penting.

Pemasangan AED di lokasi awam satu keperluan segera - Lee Lam Thye
Pemasangan Automated External Defibrillators (AEDs) di kemudahan awam perlu dianggap sebagai keutamaan negara yang mendesak.

Lee Jae Myung menang pencalonan Parti Demokrat Pilihan Raya Presiden Korea Selatan
Lee Jae Myung, seorang peguam hak asasi manusia yang beralih menjadi ahli politik, memperoleh 89.77 peratus undi dalam pemilihan parti itu.

Pilihan Raya Australia: Anak bekas Peguam Negara Tommy Thomas, Hannah, cabar Albanese
Hannah, seorang peguam, aktivis dan penulis, berkata latar belakang beliau di Malaysia banyak membentuk pandangan hidupnya.

Anjing baka 'Golden Retriever' sambut ulang tahun pertama sebagai 'Datuk Bandar'
Sejak 2012, tiga generasi anjing itu telah memegang jawatan Datuk Bandar Idyllwild, sebuah pekan pergunungan di California Selatan.