awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar Musa jalani rawatan susulan di IJN

Bernama
Bernama
03/04/2017
09:16 MYT
Annuar Musa jalani rawatan susulan di IJN
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini untuk menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini untuk menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Menurut Pegawai Khasnya Mohd Fadhil Yusof, Annuar menaiki penerbangan MAS ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.55 tengah hari.
"Annuar ke IJN kerana beliau mahu mendapatkan rawatan susulan daripada seorang doktor peribadinya yang sebelum ini pernah merawat beliau," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Fadhil berkata keadaan kesihatan Annuar semakin pulih dan beliau sudah boleh berjalan perlahan-lahan.
Sabtu lepas (1 April), Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh dikejarkan ke HUSM selepas mengadu pening, sakit dada dan mengalami muntah-muntah pada pukul 6.15 pagi hari sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#IJN
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan