PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak umat Islam untuk menghayati semangat penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah dalam usaha membebaskan diri daripada budaya syirik, zalim, penindasan dan kejahilan.
Anwar berkata penghayatan itu amat bermakna bagi mengubah diri umat Islam ke arah budaya baharu, akidah baharu, keyakinan dan pemikiran baharu serta sistem kemasyarakatan yang baharu.
"Ini untuk mengingatkan kita bahawa semangat hijrah ialah semangat perubahan. Mudah-mudahan semangat hijrah ini kita dapat bawa perubahan dalam masyarakat.
"Kita harus bangun dan mulakan kesedaran bermula dengan pembersihan jiwa, hati nurani dan kehidupan. Barulah boleh diisi dengan nilai baharu dan semangat baharu," kata beliau ketika berucap pada Majlis Ilmu MADANI bersama Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M di Kompleks Seri Perdana di sini malam ini.
Anwar berkata fahaman yang sempit dan ketaasuban perlu ditinggalkan dengan memilih ilmu serta kefahaman demi kemaslahatan ummah.
"Kalau kita masih kusut dengan fahaman jahiliah, kejahilan, kezaliman dan penindasan, maka kita tidak boleh mengisi (diri) dengan fahaman baharu dan tindakan baharu," kata beliau.
Mengenai penganjuran majlis Ilmu MADANI, Anwar berkata majlis berkenaan diadakan secara berkala di Kompleks Seri Perdana bagi membolehkan kediaman rasmi Perdana Menteri itu menjadi markas ilmu.
"Kita mahu sentiasa hidupkan (Kompleks Seri Perdana) dengan pencerahan (ilmu) dan kita tidak mahu sempitkan dengan fahaman politik," katanya sambil meraikan kehadiran dua tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M sebagai penceramah jemputan majlis itu.
Dua tokoh berkenaan ialah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Datuk Seri Hassan Ahmad dan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa Prof Dr Ali Muhyiddin atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ali Al-Qaradaghi.
Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M yang bertemakan "Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI" baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan kepada bekas Mufti Pulau Pinang dan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa kepada Presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu.
Sementara itu, Hassan menasihati umat Islam supaya meninggalkan perkara yang bertentangan dengan ajaran dan perintah Allah bagi mencapai kejayaan di dunia serta akhirat.
"Lima perkara iaitu masa, tempat, anggota badan, malaikat dan harta benda akan jadi saksi di akhirat. Dan kita perlu sentiasa beringat serta berbaik-baik sesama manusia," katanya.
Sheikh Ali Al-Qaradaghi pula memuji konsep Malaysia MADANI yang diilhamkan oleh Anwar dengan menyifatkan ia sebagai suatu konsep pemerintahan yang matang dan adil.
"Konsep MADANI yang diperkenalkan di Malaysia merupakan suatu keaslian yang melawan kemunduran dan membentuk kehidupan bersistem," katanya.
Majlis itu dihadiri kira-kira 150 tetamu yang merupakan wakil daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Himpunan Mahasiswa Islam, Pelajar Islam Indonesia dan Persatuan Muslim Muda Thailand (YMAT).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
Anwar berkata penghayatan itu amat bermakna bagi mengubah diri umat Islam ke arah budaya baharu, akidah baharu, keyakinan dan pemikiran baharu serta sistem kemasyarakatan yang baharu. - Gambar fail/Bernama
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Anwar ajak umat Islam hayati semangat hijrah Nabi Muhammad SAW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak umat Islam untuk menghayati semangat penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah.