SATU lagi pilihan raya kecil dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat ini, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman akan melangkah ke Parlimen dalam masa terdekat.
Situasi ini lebih menyakinkan apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan perkara sama, malahan katanya, ada ahli Parlimen PKR bersedia menawarkan kerusi yang disandang mereka kepada Anwar.
Anwar yang sepentas dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap majlis penutup Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 baru-baru ini juga memberikan gambaran sama.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bersama pembangkang ketika dalam Parlimen seandainya menteri sedia ada melakukan penyelewengan dalam pentadbiran.
BACA: Saya bersama pembangkang jika kerajaan cuai - Anwar
De facto leader PKR itu menegaskan, antara sebab menjadi ahli Parlimen sebagai langkah mengelak salah guna kuasa yang boleh menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.
Malahan beliau sendiri akan bersama pembangkang, tegur kerajaan yang membuat kerosakan, penyelewengan dan kecuaian menteri.
Sekiranya benar sepantas ini Anwar akan kembali ke gelanggang politik, adalah mustahil beliau akan menjadi ahli Parlimen biasa, tanpa jawatan.
Setidak-tidaknya Anwar akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri, sementara tempoh peralihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
Ini kerana Anwar akan memegang jawatan Presiden PKR selepas menang tanpa bertanding jawatan itu yang sebelum ini disandang isterinya, Dr Wan Azizah.
Adalah mustahil seorang presiden parti yang terbesar dengan kemenangan sebanyak 50 kerusi Parlimen dalam PRU lalu tidak ada jawatan dalam kerajaan.
PKR adalah faktor utama kemenangan Malaysia Baharu, DAP hanya 42 kerusi, diikuti Bersatu (13) dan Amanah (11).
Kembalinya Anwar ke Parlimen dalam era Malaysia Baharu adalah permulaan beliau untuk bersama kerajaan, mungkin era 1998 akan kembali.
"Bukan hanya PM (perdana menteri) dua kali, malahan mungkin TPM (timbalan perdana menteri) juga dua kali.
"Ironinya, mungkin gabungan PM dan TPM akan berulang, juga untuk kali ke dua," kata seorang pemimpin PKR kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Dr Mahathir menjadi perdana menteri paling lama di Malaysia selama 22 tahun, iaitu antara 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Sepanjang tempoh itu, beliau dibantu empat timbalan pada satu satu masa, bermula dengan Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam, Anwar dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Anwar menjadi timbalan Dr Mahathir untuk tempoh lima tahun, dari 1 Disember 1993 hingga 2 September 1998 sebelum dipecat kerajaan Dr Mahathir ketika itu.
Jelasnya, perjanjian Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak menetapkan had Dr Mahathir menjadi perdana menteri, sebaliknya perjanjian itu jelas menyebut Anwar adalah perdana menteri ke lapan.
Namun tidak ditetapkan tempoh masa untuk Dr Mahathir melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri untuk digantikan Anwar dan pernah dicadangkan jawatan itu dipegang hanya selama dua penggal.
Sinar Harian
Mon Sep 10 2018
Sekiranya benar sepantas ini Anwar akan kembali ke gelanggang politik, adalah mustahil beliau akan menjadi ahli Parlimen biasa, tanpa jawatan. - BERNAMA/Fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.