awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar bantu selesai isu bekalan air Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi

Bernama
Bernama
15/04/2025
03:40 MYT
Anwar bantu selesai isu bekalan air Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi
Ahmad Farhan berharap usaha kecil itu dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada waris serta pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi membantu menyelesaikan isu bekalan air di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan akibat bil tertunggak.
Sumbangan itu diserahkan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi bagi menjelaskan tunggakan bayaran yang mencecah ribuan ringgit kepada Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP).
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan memaklumkan isu bekalan air yang berlaku sejak Mac lepas itu memberi kesan kepada pengurusan dan kemudahan asas di kawasan perkuburan yang sering diziarahi waris dan masyarakat setempat.
"Alhamdulillah, proses penyambungan semula bekalan air telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan bersama-sama memastikan kemaslahatan masyarakat terus terpelihara," katanya dalam hantaran yang turut dikongsi di laman Facebook Anwar.
Ahmad Farhan berharap usaha kecil itu dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada waris serta pihak pengurusan tanah perkuburan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi
#Anwar Ibrahim
#Pengurusan Air Pahang Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan