Skip to main content

Malaysia

Anwar dijadual hadir program Selawat, Munajat Perdana di Negeri Sembilan

Sumber: FB ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Anwar hari ini dijadual menghadiri dua program di Negeri Sembilan.
Advertisement

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual menghadiri dua program di Negeri Sembilan.

Kedua-dua program berkenaan ialah Munajat Perdana di Dewan Orang Ramai Linggi, Port Dickson pada 7 malam, diikuti program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, Kuala Pilah pada 9 malam.

“Saya akan ke Linggi dan Kuala Pilah bagi menyertai program selawat dan munajat perdana.

“Mari kita gemakan bumi dan langit Negeri Sembilan dengan laungan selawat serta memadam api fitnah, cacian dan hasutan perkauman dengan kembali mengingati Allah SWT,” kata beliau menerusi hantaran Facebook.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement