awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
12/09/2024
05:55 MYT
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Anwar disambut Hajiji, sebaik pesawat khas membawanya mendarat di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu malam tadi. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).
Turut dijangka hadir dalam mesyuarat itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Mesyuarat itu adalah antara program yang disusun dalam lawatan kerja Perdana Menteri ke Sabah yang bermula semalam.
 Anwar tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)
Anwar tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.
Mesyuarat yang pengerusikan oleh Perdana Menteri itu sendiri dijangka akan membabitkan beberapa tuntutan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Tuntutan tersebut termasuklah kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah, isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750], hak negeri ke atas pelantar benua serta pertambahan perjawatan perkhidmatan awam Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sabah
#MA63
#tuntutan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan