Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mendedahkan senarai nama anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) yang dikatakan berhasrat untuk menyertai parti pembangkang berhubung pembentukan kerajaan baharu pada 16 Sept, 2008.
Ketika beberapa kali diminta oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semasa pemeriksaan balas supaya mendedahkan nama anggota Parlimen BN itu, Anwar mengulangi pendirian tidak mahu mendedahkannya.
Anwar, satu-satunya saksi dalam kes itu, bagaimanapun berkata senarai nama akan lebih jelas jika parti mengemukakan undi tidak percaya semasa sidang Parlimen tetapi tidak melalui prosiding mahkamah.
"Ia tidak beretika untuk saya berbuat demikian (mengemukakan senarai nama). Sukar bagi saya untuk mengemukakannya," kata Anwar apabila beberapa kali diminta Muhammad Shafee untuk berbuat demikian, pada hari kedua perbicaraan kes saman beliau terhadap Anifah di Mahkamah Tinggi di sini.
Muhammad Shafee: "Boleh Datuk Seri kemukakan senarai nama 40 anggota Parlimen yang dikatakan berhasrat untuk melompat parti. Adakah kamu mempunyai nama mereka?
Anwar: Tidak, Saya tidak mempunyai senarai nama mereka.
Muhammad Shafee: Adakah kamu mempunyai nama 40 anggota Parlimen itu?
Anwar: Saya tidak pernah kata bahawa mereka ialah 40 orang. Ia mustahil untuk mengemukakannya.
Pada ketika ini, Anwar mempersoal kenapa peguam itu amat berminat untuk mendapatkan nama mereka dan Muhammad Shafee menjawab bahawa ia bertujuan untuk menguji kredibiliti cerita berhubung tindakan melompat parti.
Berhubung satu cadangan oleh Muhammad Shafee, Anwar menafikan yang dia telah menggunakan senarai nama itu sebagai strategi bagi anggota Parlimen BN untuk melompat parti tetapi beliau bersetuju dengan peguam itu bahawa beliau memberi galakan untuk anggota Parlimen itu menyertai PKR.
Pada 27 Mei, 2009, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Anifah dan Kerajaan Malaysia dengan mendakwa kenyataan menteri luar itu pada satu sidang akhbar di Washington, apabila Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton juga hadir, telah mencemarkan imejnya.
Anwar mendakwa kenyataan Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau jawatan lain dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.
Beliau juga mendakwa bahawa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan rasuah.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Jumaat.
Bernama
Wed Aug 27 2014
Anwar enggan dedah anggota Parlimen BN mahu lompat parti. - Gambar fail
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Pembunuhan Jong Nam: Tuduhan Duta Korea Utara bersandarkan pembohongan - Anifah
Tuduhan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai 'sesuatu untuk disembunyikan' hanya bersandarkan khayalan.
Bangladesh benarkan Malaysia salur bantuan
Kerajaan Malaysia mengesahkan Kerajaan Bangladesh membenarkan -Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar- untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.
Malaysia kesal Bangladesh halang bantuan
Kerajaan Malaysia sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Bangladesh, dalam memastikan misi Food Flotilla dapat memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar Pelabuhan Teknaf.
Malaysia akhiri tempoh anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan majlis resepsi
Malaysia mengakhiri tempoh dua tahun sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan majlis resepsi di Pejabat Perwakilan Tetap ke PBB di New York pada Khamis (22 Dis).
Isu Rohingya: Malaysia kemuka cadangan penting kepada Myanmar - Anifah
Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas.
1MDB: Anifah temui duta AS di Putrajaya
Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari AS bagi mendapatkan maklumat atau bukti untuk memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1MDB.
'Malaysia tidak iktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah' - Wisma Putra
Kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.
'Sidang Kemuncak OIC di Istanbul cari hala tuju pencapaian negara Islam' - Wisma Putra
Sidang Kemuncak OIC yang akan diadakan di Istanbul, Turki bakal meneliti dan menetapkan hala tuju dan polisi semua isu yang berkaitan dengan objektif pencapaian negara-negara Islam selama ini.
'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik melalui SEARCCT pendekatan atas talian tangani pengganas.
Malaysia kongsi pengetahuan isu keganasan di Switzerland - Anifah
Kehadiran delegasi negara ke Persidangan Mencegah Keganasan Ekstrimisme (PVE) di Geneva akan membuka ruang perkongsian pengetahuan dalam isu keganasan.