awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kesal Bangladesh halang bantuan

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2017
15:51 MYT
Malaysia kesal Bangladesh halang bantuan
Kerajaan Malaysia sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Bangladesh, dalam memastikan misi Food Flotilla dapat ke Pelabuhan Teknaf. - Gambar Kementerian Luar
Kerajaan Malaysia sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Bangladesh, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan juga Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur dalam memastikan misi Food Flotilla dapat memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar Pelabuhan Teknaf.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pertemuannya dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md. Shahidul Islam adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Bangladesh berkaitan keputusan Kerajaan Bangladesh tidak membenarkan “Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar” untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.
"Malaysia kesal dengan keputusan kerajaan Bangladesh menghalang misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar daripada menghantar bantuan kepada pelarian etnik Islam Rohingya yang berada di negara tersebut.
"Malaysia bimbang dengan nasib yang menimpa etnik minoriti itu di Myanmar yang kini menjadi pelarian di negara-negara asing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menerusi pertemuan itu, Md. Shahidul memahami kebimbangan yang dirasai oleh Malaysia dan berjanji akan mendapatkan keterangan lanjut daripada kerajaan Bangladesh.
Misi Food Flotilla For Myanmar yang membawa 2,200 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan dengan kapal Nautical Aliya, di Terminal Boustead Cruise Centre, berlepas tepat jam 4 petang tadi.
Pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sejurus laungan azan berkumandang.
Topic Berkaitan
#Anifah
#Food Flotila to Myanmar
#Kelab Putera 1Malaysia
#Kementerian Luar
#KP1M
#MAPIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan