Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal buat kali ketiga pada Isnin untuk melucutkan kelayakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuannya terhadap pembebasan ketua pembangkang daripada pertuduhan meliwat.
Semasa menolak permohonan Anwar, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balia Yusof Wahi, mengetuai panel tiga anggota yang mendengar permohonan ketua pembangkang itu untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, memutuskan ia adalah remeh dan menyusahkan yang akan menyebabkan rayuan pihak pendakwa lambat selesai.
"Kami berpendapat rayuan ini akan menjadi amat lambat untuk diselesaikan di mahkamah," katanya dan menurutnya sepertimana hujah dikemukakan Muhammad Shafee, rayuan (pihak pendakwa) ini tidak ada sebarang perkembangan sejak Julai tahun lepas.
Terdahulu, Muhammad Shafie berhujah kes liwat Anwar telah ditangguh 69 kali semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hakim Balia, yang mendengar permohonan itu bersama-sama Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, berkata panel bersetuju dengan hujahan Muhammad Shafee bahawa berikutan namanya tidak digugurkan daripada senarai peguam, beliau layak dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya.
Katanya pelantikan Muhammad Shafee termaktub dalam bidang kuasa pendakwa raya dan mahkamah tidak dapat membuat keputusan berdasarkan keputusan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara.
Mahkamah juga menolak permohonan Anwar untuk menggantung pendengaran rayuan pihak pendakwa, ditetapkan Khamis dan Jumaat ini, selepas mahkamah mendapati tiada keadaan khas untuk menangguhkannya.
Berikutan keputusan itu, rayuan pihak pendakwa akan didengar Khamis ini dengan Muhammad Shafee mengetuai pasukan pendakwa.
Anwar memfailkan permohonan ketiga pada 25 Feb atas alasan seorang peguam kanan tidak layak menerima pelantikan itu kerana beliau didapati bersalah dan didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melanggar Akta Profesion Undang-Undang.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam mewakili Anwar, Karpal Singh, dan Muhammad Shafee.
Anwar pertama kali mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah tetapi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 Sept tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Nov tahun lepas.
Permohonan keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Dis tahun lepas.
Rayuannya di Mahkamah Persekutuan turut ditolak pada 11 Feb tahun ini.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara secara 'fiat' (autoriti beliau) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.
Bernama
Tue Mar 04 2014
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.