awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar hulur sumbangan kepada ibu tunggal 10 anak hidup daif di Kuantan

Bernama
Bernama
21/06/2025
14:30 MYT
Anwar hulur sumbangan kepada ibu tunggal 10 anak hidup daif di Kuantan
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika melawat ibu kepada 10 cahaya mata itu dalam kerangka Ziarah MADANI. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada ibu tunggal Wan Azizah Wan Mohd Ali, 79, yang hidup dalam serba daif di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan, Pahang.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika melawat ibu kepada 10 cahaya mata itu dalam kerangka Ziarah MADANI.
Ahmad Farhan berkata Wan Azizah yang bergantung pada pencen arwah suami untuk menyara keluarga, berdepan pelbagai kesukaran kerana turut mengidap penyakit darah tinggi selain perlu mengurus anak yang mempunyai masalah kesihatan mental.
"Kediaman beliau dalam keadaan sangat daif, atap bocor, lantai reput dan berlubang.
"Bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan sumbangan sebagai tanda prihatin dan sedang meneliti bantuan sewajarnya bagi meringankan beban puan Wan Azizah, termasuk pembaikan rumah," katanya dalam catatan di Facebook yang turut dikongsi Perdana Menteri hari ini.
Ahmad Farhan juga mendoakan semoga segala urusan Wan Azizah dipermudahkan Allah SWT.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Setiausaha Politik Perdana Menteri
#sumbangan
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan