Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menerima anugerah kepimpinan 'Patron's Distinguished Benevolence Leadership Award' daripada Forum Ekonomi China Dunia (WCEF).
Anugerah itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Anwar sebagai tokoh pemimpin politik Malaysia dan ikon antarabangsa bagi demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia.
Penaung WCEF Tan Sri Lee Kim Yew menyampaikan anugerah itu kepada Anwar yang turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia Datuk Michael Yeoh.
Yeoh berkata walaupun dipenjarakan sebanyak dua kali, Anwar tidak berdendam terhadap mereka yang melakukannya dan sifat pemaaf beliau membolehkannya bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14.
"Malam ini kita kenang dan raikan Anwar atas sifat rendah diri serta keinginannya terhadap keadilan, ramai yang menyanjunginya sebagai Nelson Mandela Malaysia," katanya pada majlis penyampaian anugerah itu dan malam gala WCEF, di sini.
Selain Anwar, WCEF turut menyampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan bekas wakil Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Noeleen Heyzer.
BACA: Sentimen perkauman perlu dihentikan, tegas Anwar Ibrahim
Semasa menerima anugerah itu, Anwar berkata beliau bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa Malaysia akan ketinggalan tanpa pembangunan yang dibawa oleh kaum Cina tempatan.
"Kaum Cina memainkan peranan penting dalam pembangunan di negara ini dan hari ini kita lihat Malaysia mencapai kejayaan dengan kekayaan dikongsi dalam kalangan semua rakyat Malaysia.
"Saya juga mempelawa syarikat China agar menimbang Malaysia sebagai destinasi utama bagi perdagangan dan pelaburan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 09 2018
Lim Guan Eng menyampaikan anugerah kepimpinan Patron's Distinguished Benevolence Leadership Award kepada Anwar pada majlis makan malam dan penyampaian anugerah sempena Forum Ekonomi China Sedunia malam tadi. --fotoBERNAMA
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize
Datuk Lat bangga dengan pengiktirafan jawatankuasa anugerah itu yang melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian.
UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Tiga graduan cemerlang terima Anugerah Pingat Tunku
Mereka berjaya memberi impak positif daripada sudut kesukarelawanan, perancangan ekonomi, teknologi dan pembelaan hak serta suara siswa.
Pelajar SMAP Labu menang pertandingan penulisan esei Komanwel
Auni Batrisyia Mohd Azmani dianugerahkan Golden Awards bagi penulisan esei bertajuk 'The Valorous Age.'
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.
Jasa 2 juruterbang pesawat terhempas di Elmina diiktiraf Pengakap Malaysia
Dua juruterbang yang terkorban nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lepas, mendapat Pingat Anugerah Presiden oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023
Anugerah The Knights 2023 bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.
Affendi Buang antara tiga rakyat Malaysia terima anugerah 'Order of Australia' 2023
Tiga rakyat Malaysia menerima penghormatan Order of Australia pada tahun ini atas sumbangan cemerlang mereka dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Australia.
KP WHO dianugerah pingat Olimpik
Bach menyifatkan Ghebreyesus sebagai "saudara" atas bantuan nasihatnya semasa pandemik COVID-19 untuk menganjurkan Olimpik Tokyo pada 2021.
Mohamad Sabu terima anugerah "Medal of Spiritual Unity" di Rusia
Datuk Seri Mohamad Sabu dianugerahkan "Medal of Spiritual Unity" dalam lawatan kerjanya ke Rusia.