Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson memang sudah diduga ramai, namun kemenangan dengan majoriti lebih besar di luar dugaan sama sekali.
Sejak awal lagi, jumlah undi yang bakal diraih merisaukan kem Anwar dari Pakatan Harapan (PH), malah dua atau tiga hari sebelum hari pengundian, sumber rapat Anwar sendiri mengakui sekiranya Ketua Umum PKR itu tidak menang besar, ini akan mencalarkan imej Anwar sebagai tokoh politik terkemuka negara sekian lama.
Namun, majoriti yang diterima bekas timbalan perdana menteri itu sebanyak 23,560 undi, lebih besar berbanding bekas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang menerima majoriti undi 17,710 menghapuskan kebimbangan Pakatan Harapan (PH) dan jangkaan penganalisis politik sebelum dan semasa berkempen selama 14 hari.
Faktor Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan turun berkempen Isnin lepas juga tidak boleh dikesampingkan bagi menarik pengundi, sementelah mencatat sejarah pertama kali Anwar dan Dr Mahathir berada di pentas sama selepas 20 tahun tidak berbuat demikian.
Kemenangan itu jelas membuktikan bahawa Anwar bukan sahaja popular di kawasan zon selesanya iaitu Parlimen Permatang Pauh, sebaliknya turut diterima masyarakat di negeri lain khususnya Port Dickson yang menjadi kubu kuat PKR dan tidak pernah kalah di kerusi Parlimen berkenaan sejak 2008.
Justeru, bekas timbalan perdana menteri itu telah membuktikan kepada negara bahawa dirinya masih revelan dan terus mendapat kepercayaan rakyat selepas dipenjarakan dan telah menyebabkan beliau dinafikan haknya untuk mewakili rakyat di Dewan Rakyat.
Di dewan itu, Anwar akan menyertai isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) dan anaknya Nurul Izzah (PH-Permatang Pauh).
Penganalisis politik percaya sekembalinya Anwar ke Dewan Rakyat nanti, segala agenda reformasi yang diperjuangkan beliau selama ini akan dapat dilaksanakan menerusi gandingan bersama Dr Mahathir.
"Kemenangan Anwar ini memang sudah dijangka sejak awal lagi dan isu peratusan keluar mengundi adalah nyata. Sehubungan itu, beliau perlu menggunakan mandat yang diberikan rakyat Port Dickson untuk memenuhi agenda reformasi yang diperjuangkan selama ini dengan Port Dickson menjadi tapak memulakan agenda perjuangan itu.
"Sokongan pengundi Port Dickson dengan memberikan majoriti selesa juga menjadi petanda awal bahawa mereka juga menerima Anwar untuk diangkat sebagai perdana menteri kelapan selepas Dr Mahathir dan masyarakat meletakkan kepercayaan yang cukup tinggi kepadanya untuk membawa negara ke arah yang lebih gemilang," kata Prof Dr Sivamurugan Pandian kepada Bernama di sini, pada Sabtu.
Pada PRK Parlimen Port Dickson itu, Anwar, 71, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, berjaya mengalahkan enam pencabarnya iaitu calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas pembantu peribadi Anwar Mohd Saiful Bukhari Azlan, personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen, dan bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan.
Sivamurugan turut memuji keberanian Anwar memilih untuk bertanding di kawasan luar zon selesa dan kemudiannya mencipta kemenangan besar sekaligus dapat membuktikan bahawa pengaruh dan keperibadian pemimpin itu masih disanjung rakyat.
"Kemenangan ini amat bermakna buat Anwar untuk beliau memastikan dirinya dapat berganding bahu bersama Tun Dr Mahathir untuk membina semula negara demi kebaikan rakyat," katanya.
Sivamurugan berkata PRK berkenaan dilihat lebih didominasi tiga nama iaitu Anwar, Mohd Isa dan Mohd Nazari manakala empat calon Bebas yang lain dianggap hanya sebagai penyeri pilihan raya kecil itu dan sudah dijangka tidak memberi kesan.
Sementara itu, Pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara kampus Raub, Pahang, Che Hamdan Che Mohd Razali berpandangan kemenangan Anwar sudah dijangka tetapi peratusan keluar mengundi yang rendah mungkin disebabkan rakyat sudah penat dan malas untuk mengundi selain mindset mereka bahawa Anwar akan menang.
"Bagaimanapun kemenangan Anwar ini merupakan langkah untuknya menjadi perdana menteri semakin hampir menjadi kenyataan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 13 2018
Anwar memberi ucapan kepada penyokongnya selepas menang PRK Parlimen P.132 Port Dickson di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan, Port Dickson, 13 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini
Isu agenda reformasi institusi dibangkitkan oleh Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab lisan.
Pelantikan pengerusi SPR harus komited dan bebas - Faisal
Ujarnya lagi, dengan adanya kriteria seperti berikut, mereka akan lebih cakna tentang tanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang dipegang.
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Gerakan koperasi adalah agenda ekonomi rakyat yang perlu disokong, diperkasakan - PM Anwar
Gerakan koperasi adalah sebuah agenda ekonomi rakyat yang jelas serta agenda reformasi yang perlu disokong dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah
Rasulullah pernah melantik menantunya, Othman ibn Affan sebagai penjaga Madinah ketika baginda keluar memimpin tentera Islam di Badr.
Wan Saiful gesa PM Anwar kotakan agenda reformasi, elak ditekan
Sekian lama bercakap mengenai reformasi, hari ini beliau akan berhadapan dengan satu kelompok yang boleh mengugutnya.
Kerajaan perlu pantas selesaikan masalah rakyat - Anwar
Anwar berkata beliau mempunyai harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk menilai semula kaedah pelaksanaan dasar pengukuhan ekonomi dan pembangunan, serta masa yang diperlukan.
Masa untuk berlembut sudah habis, tiada ruang untuk pengkhianat - Anwar
Sudah tiba masanya pertelagahan dan persengketaan dalam Parti Keadilan Rakyat dihentikan, kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tempoh penamaan calon perlu dipanjangkan - Pengerusi ERC
Beliau berkata perkara tersebut merupakan antara 15 agenda reformasi yang dikemukakan ERC bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini supaya lebih telus dan tersusun.