Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata bahawa keputusan untuk melantik ADUN Kajang yang baru Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor akan dibuat di peringkat negeri.
Anwar berkata demikian untuk menjawab soalan sama ada Wan Azizah akan menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Ia perlu dibincangkan di Selangor," kata beliau secara ringkas di lobi Parlimen hari ini.
Ditanya sama ada kemungkinan besar bahawa Wan Azizah akan menjadi MB baru, Anwar mengulangi bahawa perbincangan perlu diadakan di peringkat negeri.
Anwar menambah bahawa pilihan raya kecil di Kajang telah membuktikan tentang sokongan pengundi Cina untuk Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian walaupun penurunan majoriti dalam pilihan raya kecil yang berakhir semalam.
"Kami mempunyai sokongan yang lebih baik. Kami mempunyai peningkatan undi popular kepada 59.7 peratus dari 57 peratus (dalam Pilihan Raya Umum ke-13).
"Apa-apa melebihi 72 peratus adalah kemenangan yang selesa. Yang patut dipuji," katanya.
Anwar menambah bahawa gabungan ini berjaya mendapatkan lebih banyak sokongan Melayu dan masih memegang majoriti di kalangan kaum India, Cina dan Melayu sedangkan MCA masih bergantung kepada UMNO untuk sokongan.
"Kalau MCA hendak bandingkan kenaikan 7 peratus mereka di kalangan pengundi Cina sebagai tanda positif, maka mereka perlu menunggu abad akan datang (untuk membuat kemunculan semula )," kata Anwar.
Semalam, Wan Azizah memenangi kerusi DUN Kajang dengan majoriti 5,379 undi berbanding Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan perletakan jawatan bekas anggota Dewan Undangan Negeri, PKR Lee Chin Cheh.
Anwar yang merupakan calon awal untuk bertanding, telah digantikan oleh Wan Azizah selepas didapati bersalah dan dihukum lima tahun penjara dalam kes liwat oleh Mahkamah Rayuan, 7 Mac lepas.
T K Letchumy Tamboo
Mon Mar 24 2014
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
PKR namakan Anwar sebagai calon ADUN Kajang
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.