NATIONAL
Anwar puji kejayaan Grid Kuasa ASEAN, hargai peranan Vietnam pacu peralihan tenaga serantau

Anwar (kanan) pada sidang media bersama Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh (kiri) di Kompleks Perdana Putra, hari ini. -Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia menghargai peranan Vietnam yang disifatkan selaku rakan karib apabila dapat memutuskan keputusan penting seperti projek Grid Kuasa ASEAN (APG).
Ringkasan AI
- Malaysia menganggap keputusan melaksanakan projek Grid Kuasa ASEAN (APG) sebagai pencapaian utama Sidang Kemuncak ASEAN 2025, dengan sokongan erat dari Vietnam.
- Projek ini melibatkan kerjasama antara institusi seperti UKM, TNB, Petronas dan PetroVietnam, dan akan menghubungkan Vietnam ke Malaysia dan Singapura melalui kabel dasar laut, sejajar dengan dasar peralihan tenaga rantau ini.
- Rundingan lanjut mengenai projek ini dijangka dimuktamadkan melalui penandatanganan Memorandum Perjanjian Dipertingkatkan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 pada Oktober.
"Grid Kuasa ASEAN yang hebat ini, dari Vietnam melalui kabel dasar laut ke Grid Nasional di Semenanjung dan seterusnya ke Singapura, pada hemat saya adalah antara kejayaan utama Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini," katanya.
Anwar berkata demikian semasa sidang media bersama Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh di Kompleks Perdana Putra, hari ini.
Menurut Anwar, keputusan tersebut bukan sekadar dilihat melalui kenyataan yang digembar-gemburkan mengenai projek-projek besar, kerjasama atau usaha diplomatik.
"Kita bukan sahaja membuat kenyataan yang mengagumkan mengenai projek-projek besar, kerjasama atau usaha diplomatik.
"Kali ini kita telah berjaya merealisasikannya melalui program dan projek yang berkesan, yang selaras dengan dasar peralihan tenaga bagi tenaga alternatif untuk rantau ini," katanya.
Media melaporkan ini merupakan lawatan pertama Chinh ke Malaysia sejak memegang jawatan pada April 2021 dan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata rundingan Memorandum Perjanjian Dipertingkatkan mengenai tersebut akan ditandatangani semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 pada Oktober.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami