PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan mencari jalan atau kaedah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat di kampung halaman masing-masing.
Anwar yang juga Menteri Kewangan percaya langkah sedemikian mampu menyelesaikan separuh daripada permasalahan berkaitan isu sosial, kewangan dan pendidikan di kawasan luar bandar.
"Sebagai anak kampung, kita harus ambil tanggungjawab ini. Saya mulakan dengan Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam (Pulau Pinang).
"Dalam seminggu ini saya terpaksa hubungi rakan atau balik kawasan untuk tentukan wakil wanita, wakil belia, jawatankuasa masjid, jawatankuasa kampung supaya semua ada tanggungjawab untuk menyampaikan (memaklumkan) kemudahan dan keperluan mereka (penduduk) termasuk keluarga miskin, kedudukan pendidikan di sekolah, masalah dadah di kampung. Semua ini harus diambil tahu," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada program Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Penjawat Awam 2024 bertajuk Bina Kota: Kemampanan, Kesejahteraan dan Daya Cipta Tunjang Membangun Malaysia MADANI di sini hari ini.
Menyentuh peranan rakyat dalam mengangkat darjat negara, Anwar menasihatkan agar sebarang perbincangan jumud dan lapuk dihentikan demi menyelamatkan dan melonjakkan negara daripada berada dalam situasi kelembapan.
Beliau berpandangan bahawa negara harus maju dan memberi tumpuan kepada aspek pengetahuan, penerokaan ilmu baharu dan teknologi digital melalui semangat perpaduan serta kesatuan dalam masyarakat.
"Tidak ada untungnya jika masing-masing rasa mahu menang dengan menanam kebencian dan mencerca orang lain kerana ia tidak akan memenangkan negara dalam semua aspek," katanya.
Perdana Menteri berkata beliau mahukan supaya suatu bangsa yang hebat diangkat bukan kerana mencerca kaum lain, tetapi cerminan kebaikan daripada bicara, kepimpinan, sikap, budaya, disiplin dan integriti.
Beliau mahukan supaya perkara-perkara ini ditekankan, kerana sifat mencerca kaum lain sama sekali tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara.
"Tidak menang kita dengan sorakan menghina orang lain, melainkan dengan integriti, kewibawaan dan keterampilan kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Anwar berucap pada Program Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Penjawat Awam Tahun 2024 di sini, hari ini. --fotoBERNAMA
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
AWANI Ringkas: Kebocoran gas | Tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.
Tumpuan Khamis - 02 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Singapura mahu warga bersatu, kekalkan kestabilan politik dalam ucapan terakhir
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura supaya terus bersatu padu dan mengekalkan kestabilan politik bagi hala tuju Singapura ke hadapan.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak lagi pentingkan kelompok tertinggi seperti dahulu – PM Anwar
Kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus, seperti yang diumumkan pada Hari Pekerja 2024, adalah berbeza dengan kenaikan yang pernah dilaksanakan dalam pentadbiran terdahulu.
AWANI 7:45 [01/05/2024] – Kos mencecah RM10 bilion | Gaji minimum beri impak positif | Seolah-olah dunia menghampakan
Kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus dibentang ketika Belanjawan 2025.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
Perdana Menteri bukti kesungguhan hargai sumbangan penjawat awam - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri itu juga pasti mengejutkan penjawat awam kerana ia merupakan antara kenaikan terbesar dalam sejarah pentadbiran awam negara.
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
Sempena Hari Pekerja, PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Sektor swasta perlu ikut langkah kerajaan naik gaji pekerja - PM Anwar
Anwar menasihatkan sektor swasta untuk mengikut langkah yang sama dibuat kerajaan bagi menaikkan gaji pekerja mereka.
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.