Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat ugutan yang diterima beliau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis sebuah manuskrip buku bertajuk 'Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM'.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 jika enggan buku itu diterbitkan dan didedahkan kepada umum.
"Saya bagi polis habis siasat, sebab dia (penulis) ugut kalau tak bayar RM400,000, dia 'publish' (terbitkan buku itu)," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Jamuan Malam Hari Raya anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-India (MIBC), di sini, Rabu malam.
Anwar berkata satu laporan polis telah dibuat Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Datuk Johari Abdul terhadap penulis berkenaan, yang dipercayai dibayar dan diupah untuk menghasilkan buku itu.
"Orang yang jadi penulis picisan ini dibayar, diupah dan (sudah tiba) masa untuk (penulis) diketahui oleh umum, disiasat dan diambil tindakan yang wajar," katanya.
BACA: Johari Abdul terima manuskrip 'Mengapa Anwar tidak boleh jadi PM'
Johari, yang juga, Ahli Parlimen Sungai Petani, berkata satu laporan polis telah dibuat hari ini terhadap penulis manuskrip buku tersebut kerana mengandungi fitnah dan tohmahan terhadap Anwar.
Bercakap dalam sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik PKR, katanya, beliau menerima manuskrip buku yang ditulis oleh Yahaya Ismail pada 10 Jun lepas dan berpendapat tindakan itu amat tidak wajar serta bertentangan dengan prinsip kebebasan memberi pandangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2019
Anwar turut mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 jika enggan buku itu diterbitkan dan didedahkan kepada umum. - Gambar fail/BERNAMA
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Undang-undang larang lompat parti: Satu kemenangan rakyat - Anwar
Rang undang-undang berkaitan larangan tukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam merupakan satu kemenangan kepada rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Isu penggunaan chopstick mengingatkan saya kepada Imam Daud Ting..' - Anwar
"...beliau yang merupakan penterjemah Al-Quran ke Bahasa Mandarin telah menghadiahkan chopstick kepada saya..." -kongsi Anwar
PRN Melaka: Tolong fikirkan nasib nelayan, kata Anwar mengenai projek tambakan laut
Sebarang projek tambakan laut di negeri ini tidak seharusnya berlaku sehingga menjejaskan nasib golongan nelayan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen BN, PN, GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini - Sumber
Sesi menghadap itu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pengesahan tentang calon Perdana Menteri kesembilan yang telah dipilih.
Raikan kehadiran Muharram dengan semangat hijrah demi perubahan - Anwar
Anwar menyeru agar kisah-kisah suci seperti yang ditonjolkan oleh Nabi dan sahabatnya dijadikan iktibar untuk membuka lembaran baharu.
Raikanlah Aidilfitri secara sederhana - Anwar Ibrahim
Ujar beliau, walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, namun jangan pernah lupa untuk terus berbuat kebaikan.
Anwar minta SPRM telus siasat dakwaan sogokan, ugutan libatkan 'Menteri Kanan'
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SPRM lebih telus dalam menyiasat dakwaan terdapat sogokan dan ugutan yang melibatkan seorang 'Menteri Kanan'.
Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.
PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat.
Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun individu berkenaan sudah menerima vaksin bagi mengelak jangkitan baharu, ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.