awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan

Bernama
Bernama
02/07/2024
09:45 MYT
Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Nuriddin Ismoilov. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Nuriddin Ismoilov.
Parlimen Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kunjungan hormat yang diadakan di Bangunan Parlimen itu adalah sebagai kesinambungan kepada lawatan Anwar ke Uzbekistan bulan Mei lepas.
Nuriddin berada di Malaysia sejak semalam untuk lawatan rasmi hingga 4 Julai ini yang bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan baik dan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara Malaysia dan Uzbekistan.
Terdahulu Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bersama ahli Kumpulan Persahabatan Parlimen Malaysia bagi Asia Tengah turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Nuriddin dan delegasinya.
Mesyuarat itu membincangkan kepentingan mempergiatkan kerjasama dua hala dan aktiviti dalam bidang legislatif, sektor pelancongan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pertukaran mahasiswa, kedua-dua negara.
Mesyuarat turut membincangkan kepengerusian Parlimen Malaysia dalam Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada 2025 dan Nuriddin telah menyatakan dukungan Dewan Perundangan Majlis Oliy terhadap hala tuju Parlimen Malaysia untuk bersama membangun rantau ASEAN yang makmur.
Pada April 2023, Johari telah mengadakan lawatan rasmi ke Taskent, Uzbekistan sebagai pemerhati referendum perlembagaan yang menyaksikan pindaan perlembagaan signifikan meliputi pembaharuan kepada hak sosial dan pentadbiran republik itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan Nuriddin serta delegasi dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Hubungan yang terjalin antara Malaysia dan Uzbekistan bukan sahaja dalam bidang ekonomi serta cabang pentadbiran kerajaan semata-mata, malah meliputi cabang legislatif antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Uzbekistan
#Majlis Oliy
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan