Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang 'menggunakan' Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyekat pengaruh beliau (Anwar) dalam kerajaan dan parti.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata segala tindak tanduk Dr Mahathir tidak seharusnya diterjemah dalam konteks politik.
"Beliau (Dr Mahathir) punya hujahnya sendiri. Beliau memikirkan kepentingan negara dan institusi. Ketika saya berada dalam jawatan sudah tentu saya perlu tentukan keutamaan saya dan cara saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei di sini malam tadi.
Menurut Anwar, Dr Mahathir seharusnya diberi kebebasan untuk mentadbir negara.
Anwar bagaimanapun mengakui, sukar untuk menghalang mana-mana pihak daripada memberikan pelbagai interpretasi berhubung sesuatu perkara.
"Dari segi menyekat peranan saya, pengaruh saya, secara jujur, saya tidak risau. Saya tahu kekuatan parti saya dan hubungan saya dengan rakan-rakan gabungan (PH)," katanya.
Pada Isnin, Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi menolak dakwaan bahawa Dr Mahathir sedang menggunakan beliau untuk 'mengawal' Anwar.
Dalam temu ramah bersama sebuah portal berita, Timbalan Presiden PKR itu menegaskan bahawa kesetiaannya pada ketua umum parti itu tidak sepatutnya dipersoalkan.
Spekulasi membabitkan Mohamed Azmin timbul selepas perdana menteri melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi meskipun telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai khabar angin berhubung pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan PKR pada Ogos, Anwar berkata ia masih belum disahkan secara rasmi setakat ini.
"Desas-desus itu banyak, kita boleh dengar tetapi tidak boleh layan desas-desus sehingga sah. Mohamed Azmin ada jumpa saya di Istanbul dan berbincang secara umum beberapa perkara tetapi tidak pula berbangkit soal ini.
"Belum sah ada pertandingan atau tidak... kalau pun ada pertandingan kita harus hormati prinsip dan etika. Saya percaya Jawatankuasa Pemilihan PKR akan memastikan perkara ini dipatuhi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018
Anwar berbual dengan isteri arwah Mat Suhaimi, Jamilah Sahak, selepas majlis tahlil malam tadi. Turut hadir Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari (duduk, kanan) dan calon PKR bagi PRK DUN Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni. --fotoBERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.