awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ucap tahniah kepada Amizar menang kerusi DUN Pelangai

Bernama
Bernama
08/10/2023
03:00 MYT
Anwar ucap tahniah kepada Amizar menang kerusi DUN Pelangai
Anwar berkata kemenangan itu menjadi kesinambungan kecemerlangan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, semalam.
Dalam perkongsian menerusi Facebook beliau, Anwar berkata kemenangan itu menjadi kesinambungan kecemerlangan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, hasil kesepaduan kerjasama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit.
"Ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi MADANI," menurut catatan itu.
Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan, serta menzahirkan penghargaan kepada barisan jentera yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan itu.
Amizar, 53, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong memenangi kerusi Pelangai dengan majoriti 2,949 undi.
Beliau memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi, sekali gus hilang wang deposit.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#PRK Pelangai
#Anwar Ibrahim
#Amizar Abu Adam
#tahniah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan