awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ucap tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra atas pelantikan sebagai PM baharu Thailand

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2024
07:00 MYT
Anwar ucap tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra atas pelantikan sebagai PM baharu Thailand
Anwar memaklumkan pemilihan Paetongtarn (foto) menjadikan wanita berusia 37 tahun itu sebagai Perdana Menteri Thailand termuda dan wanita kedua yang memegang jawatan berprestij itu. -Reuters
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra yang dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.
Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan pemilihan Paetongtarn menjadikan wanita berusia 37 tahun itu sebagai Perdana Menteri Thailand termuda dan wanita kedua yang memegang jawatan berprestij itu.
Sebagai negara berjiran, Malaysia dan Thailand memiliki kerjasama penting berterusan, dibentuk melalui hubungan sejarah, budaya, dan ekonomi serta ikatan kekeluargaan yang erat.
Tambah beliau, ini dibuktikan menerusi kerjasama mencapai keamanan dan pembangunan di selatan Thailand yang menawarkan manfaat mendalam kepada komuniti di kedua-dua sempadan.
Perdana menteri turut menantikan peluang bekerjasama dengan Paetongtarn sekali gus membuka potensi penuh hubungan dua hala di antara negara.
Sementara itu, beliau juga menyampaikan penghargaan tulus kepada bekas perdana menteri Srettha Thavisin atas kepimpinan beliau mengukuhkan hubungan di antara kedua-dua negara.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Paetongtarn Shinawatra
#Thailand
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan