awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Iran Dr Masoud Pezeshkian

Bernama
Bernama
06/07/2024
11:21 MYT
Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Iran Dr Masoud Pezeshkian
Anwar mengucapkan tahniah kepada Dr Masoud Pezeshkian (foto) atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden Iran. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Dr Masoud Pezeshkian atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden Iran.
Anwar dalam hantaran di laman Facebook berkata kemenangan itu mencerminkan semangat demokrasi rakyat Iran dan masa depan yang cerah buat negara itu.
Beliau berkata berbekalkan tamadunnya yang kaya dan purba, Iran berada di kedudukan yang unik serta penting dalam sejarah dunia selain potensi hubungannya dengan Malaysia amat besar dan penuh dengan harapan.
"Kami berharap untuk memperkukuh mekanisme dua hala bagi memperdalam dan meluaskan kerjasama antara kedua-dua negara.
"Kami komited untuk menjalin kerjasama di platform antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)," katanya.
Perdana Menteri berkata dedikasi yang teguh ini akan meningkatkan matlamat bersama kedua-dua negara dan memupuk kerjasama lebih erat dalam Dunia Selatan.
Anwar juga berkata Kerajaan MADANI menyeru umat Islam agar bersatu dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.
"Kita perlu memastikan bahawa keadilan dan kemanusiaan dipulihkan dalam apa jua cara. Saya juga mengalu-alukan kedatangan Dr Pezeshkian ke Malaysia," kata beliau.
Pezeshkian menewaskan pesaing konservatif beliau iaitu Saeed Jalili, bekas ketua perunding nuklear yang juga ketua badan keselamatan dengan margin 2.7 juta undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Masoud Pezeshkian
#Presiden Iran
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan