Skip to main content

Malaysia

Anwar ucap takziah pemergian Jalil Hamid

 Abdul Jalil Abdul Hamid
Anwar menyifatkan Allahyarham sebagai seniman yang banyak menyumbang kepada dunia seni tanah air dan pemergian itu merupakan kehilangan besar kepada industri kreatif negara. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan takziah atas pemergian pelakon dan penyanyi veteran Jalil Hamid hari ini.

Anwar menyifatkan Allahyarham sebagai seniman yang banyak menyumbang kepada dunia seni tanah air dan pemergian itu merupakan kehilangan besar kepada industri kreatif negara.

Advertisement

“Jasa dan legasinya akan terus dikenang. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.

“Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jalil atau nama sebenarnya Abd Jalil Abd Hamid meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada 12.30 tengah hari tadi pada usia 69 tahun.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, kira-kira 5.50 petang.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video