awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, Wan Azizah ziarah Raja Perlis di Hospital Putrajaya

Bernama
Bernama
06/04/2023
12:12 MYT
Anwar, Wan Azizah ziarah Raja Perlis di Hospital Putrajaya
Istana Arau dalam kenyataan pada Ahad lepas memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin telah selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya, sehari sebelumnya. - Gambar Facebook Anwar Ibarahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang kini sedang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.
Perdana Menteri ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya, yang turut memuat naik beberapa keping gambar.
"Mendoakan Tuanku Raja Perlis dikurniakan aafiyah, Insha-Allah," kata Perdana Menteri.
Istana Arau dalam kenyataan pada Ahad lepas memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin telah selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya, sehari sebelumnya.
Kenyataan itu turut memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu, dan pembedahan selesai dengan jayanya tanpa sebarang masalah pada 6.40 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#hospital putrajaya
#Pembedahan
#Raja Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan