Sekiranya pesawat Malaysia Airlines 370 (MH370) berjaya ditemukan, Malaysia akan berdepan dengan misi baharu untuk mengeluarkan pesawat berkenaan yang dijangka berada dalam kondisi yang ekstrem.
Misi yang menggunakan teknologi canggih itu juga bakal menambah kos operasi carian MH370 melebihi jumlah ganjaran AS$70 juta (RM273 juta) yang diberikan Malaysia kepada Ocean Infinity sekiranya bangkai pesawat dijumpai.
Pakar mengatakan robot dasar laut berteknologi tinggi mampu menemukan serpihan yang berada di kawasan curam yang berbahaya walaupun dengan kedalaman mencecah enam kilometer jauh dari kawasan carian sebelum ini di Australia Barat.
“Para pencari sedang melakukan usaha yang termampu dan meneruskan operasi di persekitaran yang ekstrem,” kata jurucakap penyelamat Afrika Selatan Nick Salone, yang pernah mengetuai operasi mencari kapal pesiaran Itali, Costa Concordia yang tenggelam sebelum kepada AFP.
Jika serpihan itu berada pada kedalaman 2,000 hingga 6,000 meter atau dikenali sebagai Zon Abyssal, penyelamat perlu bekerja dalam keadaan gelap dengan cuaca sejuk melampau dan tekanan tinggi sehingga mencecah 9,000 psi.
Namun menurut laporan dari KRMG News, pihak berkuasa Australia telah memastikan keadaan lautan itu selamat untuk penyelamat dan pelancong sejak kehilangan pesawat MH370.
Tidak semua serpihan diperlukan untuk merungkai penyebab kehilangan pesawat itu kerana kotak hitam masih menjadi petunjuk paling penting tragedi berkenaan.
BACA: MH370: Seabed Constructor kembali teruskan pencarian
Bulan lalu, kerajaan Malaysia mengupah syarikat eksplorasi dasar laut, Ocean Infinity untuk mengetuai misi baharu pencarian bagi pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu.
Perjanjian untuk misi pencarian yang dibuat atas dasar ‘tidak jumpa, tiada bayaran’ atau ‘no cure no fee basis’ itu mengembalikan semula harapan untuk pesawat itu dijumpai.
Kapal pencari Seabed Constructor menggunakan dron bawah air berteknologi tinggi menampung pencarian di kawasan baru berkeluasan kira-kira 25,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.
Agensi
Wed Feb 21 2018
Pengeluar dan pengendali pesawat berkenaan perlu mengambil langkah seterusnya untuk membaik pulih MH370 sekiranya dijumpai. -Foto AFP.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Boeing bakal berhentikan 2,500 pekerja di AS
Langkah pemecatan itu dikatakan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 17,000 tenaga kerja global.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok
IAM pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.
Boeing pertimbang untuk jual perniagaan aeroangkasa
Disebabkan keadaan syarikat semasa, kini Boeing melihat untuk keluar daripada perniagaan tersebut, dan ingin menjualnya.
Mogok: Boeing tingkatkan tawaran gaji dan bonus
Boeing umum rancangan menyelesaikan mogok oleh kesatuan pekerja terbesarnya dengan tawaran baharu kenaikan gaji dan bonus.
Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur
Menurut laporan, pesawat itu telah menyelesaikan penerbangan selama lebih lima jam dari Hawaii sebelum masalah itu ditemui.
Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX
Pertimbangan dibuat jika Starliner masih dianggap tidak selamat untuk kembali ke bumi.
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.