KUALA LUMPUR:Pengasas Koperasi Pembangunan Orang Asli, Ramesh Arumugam Chettiar mendesak kerajaan mengutamakan keselamatan Orang Asli dengan memberikan suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama.
Aktivis itu berkata, komuniti berkenaan seharusnya dilindungi segera daripada risiko jangkitan COVID-19 sepertimana suntikan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan Ahli Parlimen.
Dakwa beliau, kerajaan seolah-olah terus melupakan Orang Asli yang disifatkan sebagai kumpulan paling rentan dalam kalangan rakyat di negara ini.
“Mengapa kita terus menghukum Orang Asli berulang kali? Mereka mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia untuk hidup dan terus hidup.
“Vaksinasi penduduk Orang Asli kita dengan segera sepertimana keperluan untuk kita melindungi petugas barisan hadapan atau ahli politik.
“Bagaimana kita membezakan siapa dalam kalangan ahli politik ini yang layak mendapat vaksin terlebih dahulu? Terdapat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sehingga hari ini tidak mengunjungi kawasan mereka atau bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan? Beberapa Yang Berhormat 'hilang' sejak pilihan raya umum 2018,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan hari ini.
Ramesh dalam masa sama mempersoalkan apa keistimewaan yang dimiliki oleh ahli politik sehinggakan perlu dilindungi sedangkan segelintir daripada mereka tidak menunaikan janji kepada rakyat.
“Saya yakin bahawa kerajaan perlu lebih bertanggungjawab dan hanya memilih ahli politik yang telah berkhidmat dengan baik sahaja. Abaikan seketika ahli politik (daripada menerima vaksin) yang telah menjadi ‘virus’.
“Selamatkan Orang Asli kita terlebih dahulu. Mereka berhak hidup dan kekal hidup sama seperti ahli politik,” tegasnya lagi.
BACA: COVID-19: Semua wakil rakyat akan terima suntikan vaksin - PM
Jelas beliau lagi, hampir mustahil untuk sebahagian Orang Asli bertahan hidup sekiranya mereka dijangkiti COVID-19 dan tidak dirawat di hospital, sebaliknya, hanya menjalani kuarantin di kampung masing-masing.
Walaupun kerajaan memberikan bantuan seperti bakul makanan, Ramesh berkata, komuniti itu tetap perlu keluar mencari sumber makanan untuk menyara keluarga.
Justeru, tindakan itu akan memberi risiko berlaku penyebaran jangkitan COVID-19 dalam komuniti itu, ujarnya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan semua Ahli Parlimen dan ADUN akan diberikan suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama memandangkan tugas mereka yang perlu bertemu dengan masyarakat.
Hasimi Muhamad
Wed Feb 17 2021

Komuniti Orang Asli seharusnya dilindungi segera daripada risiko jangkitan COVID-19 sepertimana suntikan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan Ahli Parlimen, kata Ramesh Arumugam Chettiar. - Gambar hiasan

Arnab terbesar dunia dicuri, pemilik tawar ganjaran pulangkan 'Darius'
Arnab terbesar di dunia dilaporkan telah dicuri daripada kandangnya di Worcestershire, United Kingdom.

AWANI Ringkas: Lelaki kulit hitam maut, Biden gesa semua tenang | Pelabur tunggu keputusan korporat, inflasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas kerani bank mengaku palsu dokumen, tipu pelanggan
Tertuduh mengaku salah membabitkan 55 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kereta, rumah dihempap pokok tumbang
Seorang wanita serta lima anaknya diselamatkan ketika pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Perkasa Taman Maluri.

COVID-19: Kes positif global 136.3 juta, korban lebih 2.94 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.24 juta kes.

MBI tidak batalkan operasi bazar Ramadan - Datuk Bandar
Setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat memandangkan kes COVID-19 masih lagi terkawal walaupun daerah Kinta berada dalam zon merah.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Sistem e-wages pastikan pekerja terima gaji tepat pada masanya - MEF
Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya.

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.

Denda tinggi ke atas pemburu haram pastikan harimau Malaya tidak pupus
Enam pelan kodusif bersama agensi berkaitan diharapkan dapat menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.

Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kelantan dibatalkan - Exco
Kelantan telah merekodkan 171 kes baharu COVID-19, dan satu kluster baharu dicatatkan, iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian

Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara
Teka teki status perkenalan Rara dengan seorang Eksekutif Pengiklanan akhirnya terjawab selepas mereka selamat diijabkabulkan.

DAP bukan ekstrem, Tun Mahathir perlu tarik balik kenyataan - ADUN Kepayan
Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai sebuah parti yang ekstrem adalah sesuatu yang tidak benar.

ADUN teratai umum keluar DAP
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Teratai di Selangor, Bryan Lai Wai Chong hari ini mengumumkan keluar daripada DAP dan bergerak sebagai wakil rakyat bebas yang menyokong Pakatan Harapan (PH).

Gagal 'letak jawatan' selepas keluar parti: Warisan saman ADUN Sebatik
Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr sebagai plaintif bagi pihak parti tersebut.

Warisan saman Adun Sebatik
Peguam Warisan memfailkan saman terhadap ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir selepas gagal meletak jawatan sebagai wakil rakyat Sebatik.

Kes rogol Paul Yong: Saksi sahkan terdapat dua kesan koyakan baharu pada alat sulit mangsa
Saksi itu memaklumkan kesan koyakan dan geseran pada kemaluan mangsa boleh dihasilkan dengan cara konsensual atau paksaan namun tiada masa spesifik ia boleh berlaku.

Kes rogol Paul Yong: Saksi tak dengar pihak lain bersama mangsa ketika aduan
Saksi itu, Riki Sapari, 39, memberitahu dia menjawab panggilan mangsa pada kira-kira 11 pagi, 8 Julai 2019.

ADUN Sebatik sah sertai Bersatu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas, Hassan A Gani Pg Amir kini sah sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bersatu Sabah hargai, sanjung tinggi semangat permuafakatan GRS - Hajiji
Bersatu Sabah amat menghargai dan menyanjung tinggi komitmen serta semangat permuafakatan yang dizahirkan semua rakan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).