awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Semua wakil rakyat akan terima suntikan vaksin - PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/02/2021
02:06 MYT
COVID-19: Semua wakil rakyat akan terima suntikan vaksin - PM
Muhyiddin ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Bangunan Perdana Putra, Putarajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA:Kerajaan bersetuju untuk memberikan suntikan kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) sebaik sahaja vaksin COVID-19 keluaran syarikat Pfizer-BioNTech tiba di negara ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, suntikan tersebut akan diberikan kepada semua wakil rakyat, tanpa mengira kerajaan ataupun pembangkang.
Katanya, pertimbangan untuk memberi suntikan kepada pemimpin politik itu diambil kira memandangkan tugas mereka yang memerlukan berjumpa dengan anggota masyarakat.
“Jadi, oleh sebab situasi keadaan bentuk kerja begitu rupa, kita juga bersetuju bahawa Ahli-ahli Parlimen, tidak kira di pihak mana, akan diberikan suntikan vaksin.
"Ia mungkin dalam fasa pertama, untuk membolehkan mereka menjalankan tugas secara lebih berkesan dan selamat,” katanya hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin merasmikan Majlis Pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Dalam ucapannya, beliau berkata, bekalan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 21 Februari ini.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, 500,000 dos vaksin akan diberikan kepada petugas kesihatan dan bukan kesihatan, pada fasa pertama.
“Sebanyak 300,000 diberikan kepada petugas barisan hadapan kesihatan untuk fasa pertama bekalan COVID-19.
"(Peruntukan) ini berdasarkan kepada senarai keutamaan tugas yang dijalankan oleh mereka dan apa tugasan yang mereka laksanakan.
“Sebanyak 200,000 lagi diperuntukkan kepada petugas barisan hadapan bukan kesihatan. Ia termasuk pengawal keselamatan, pegawai kebajikan dan juga ahli politik,” katanya.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#pembangkang
#politik
#vaksin
#COVID-19
#Muhyiddin Yassin
#wakil rakyat
#ahli Parlimen
#pemimpin politik
#Khairy Jamaluddin
#petugas kesihatan
#kesihatan
#keselamatan
#program imunisasi
#program vaksinasi
#Pfizer-BioNTech
#Malaysia
#petugas barisan hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan