Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta kerajaan melihat semula keperluan jabatan kerajaan mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri setiap kali tiba bulan Syawal.
Beliau berkata, program jamuan raya yang dianjurkan oleh sesebuah jabatan kerajaan biasanya melibatkan penyertaan sebahagian besar kakitangannya untuk menampakkan kemeriahan.
“Justeru apabila ada rakyat yang datang ke sesebuah jabatan untuk sesuatu urusan mereka terpaksa pulang dengan kehampaan kerana kakitangan di bahagian-bahagian tertentu jabatan itu berada di majlis jamuan hari raya,” katanya pada majlis ceramah mingguannya di Masjid Alwi, di sini pada Khamis malam.
Menurut berkata, apa yang lebih memberi kesan ialah apabila pegawai dan kakitangan sesebuah jabatan kerajaan keluar pejabat untuk menghadiri jamuan hari raya di pejabat lain.
Sehubungan itu, Mohd Asri berharap kerajaan melihat semula perkara itu selaras dengan keperluan semasa kerana tidak semestinya apabila umat Islam berpuasa sebulan mereka harus mengadakan majlis makan selama sebulan juga untuk menyambut hari raya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019

Kerajaan diharapkan akan menilai semula tradisi mengadakan jamuan raya pada waktu pejabat bagi mengelakkan rakyat berhadapan kesukaran berurusan. - Gambar fail

Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.

Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.

Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR

'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.

MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.

Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.

PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.

Apa keperluan jamuan raya pada waktu pejabat kerajaan?
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta kerajaan melihat semula keperluan jabatan kerajaan mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri setiap kali tiba bulan Syawal.