KUCHING: Sarawak hari ini memulakan pemberian vaksin kepada penduduk di negeri itu. Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, 122,540 penerima tersenarai untuk menerima vaksin dos ketiga dan dos penggalak.
Mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai sistem imun yang lebih akibat penyakit; warga emas berusia 60 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan perubatan.
Berikut adalah lima perkara yang antara perlu tahu tentang dos ketiga dan dos penggalak:
1. Dos ketiga vaksin COVID-19 adalah didefinisikan sebagai pemberian dos vaksin tambahan apabila tindak balas imun seseorang di peringkat awal berkemungkinan tidak mencukupi berikutan daripada pemberian awal vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series).
2. Dos penggalak vaksin COVID-19 merupakan dos pemberian vaksin bagi seseorang yang pada awalnya mempunyai tindak balas imun yang cukup terhadap pemberian vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series) tetapi mungkin menjadi semakin berkurang dari semasa ke semasa.
3. Vaksin Pfizer COVID-19 telah diluluskan sebagai dos penggalak.
4. Selang tempoh dari dos terakhir vaksin COVID-19 untuk pemberian dos ketiga adalah sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos kedua dan untuk dos penggalak adalah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas dos kedua.
5. Golongan yang diberikan keutamaan untuk pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 pada masa ini adalah:
i. Dos Ketiga: Golongan immunocompromise atau yang mempunyai sistem imun (ketahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan yang dianggarkan seramai 11,900 orang.
ii. Dos Penggalak: Warga Usia Emas iaitu mereka yang berusia lebih 60 tahun seramai 80,300 orang dan Petugas Barisan Hadapan Perubatan seramai 30,340 orang.
Astro Awani
Wed Oct 13 2021
Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, 122,540 penerima tersenarai untuk menerima vaksin dos ketiga dan dos penggalak. - Gambar fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.
COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.
COVID-19: Perancis rekod lebih 30,000 kes baharu
Kadar jangkitan tinggi ini dilaporkan di sebalik peraturan baharu berkaitan penjarakan fizikal dilaksanakan.
COVID-19: Perak kaji keperluan vaksin dos ketiga
Jabatan Kesihatan Negeri menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
Dos ketiga vaksin COVID-19 perlu dikaji dengan teliti - Pakar kesihatan awam
Pemberian suntikan dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 perlu dikaji dengan teliti kerana tiada maklumat yang jelas negara memerlukannya pada masa sekarang.
Suara rakyat: Masyarakat setuju golongan rentan diberi keutamaan dos ketiga vaksin COVID-19
Masyarakat termasuk golongan rentan, warga emas dan barisan hadapan menyambut baik cadangan pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 kepada rakyat negara ini.
Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 dijangka bermula Oktober - Khairy
Pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 untuk golongan rentan dan berisiko dijangkiti COVID-19 dijangka bermula pada Oktober ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Vaksin COVID-19: Sarawak bincang dos penggalak hujung minggu ini
Perkara itu akan diketengahkan dalam pertemuan bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hujung minggu ini di Kuching.
COVID-19: Henti beri dos ketiga sehingga hujung tahun ini - WHO
Tidak ada satu pun negara berpendapatan rendah yang mencapai mana-mana sasaran, kata Dr Tedros.
COVID-19: Sepanyol lulus dos ketiga untuk golongan lemah sistem imunisasi
Suruhanjaya Kesihatam Awam Sepanyol berkata, dos penggalak itu perlu diberikan 28 hari selepas dos kedua.