awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada isu dijangka timbul ketika Nik Faisal dilantik sebagai pemegang mandat akaun AmBank - Najib
Dua maut, dua lagi parah kemalangan di Lebuhraya Persekutuan
Ekonomi negara catat pencapaian baik, Malaysia jadi tumpuan pelabur asing - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APAD bina pangkalan data pemandu bas, lori

Bernama
Bernama
21/01/2026
11:40 MYT
APAD bina pangkalan data pemandu bas, lori
Data berkenaan kini masih berada pada peringkat awal perolehan bajet daripada Kementerian Kewangan dan akan dilancarkan sebaik peruntukan diluluskan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang membangunkan pangkalan data bagi menghimpunkan rekod dan maklumat lebih 60,000 pengendali syarikat bas dan lori dalam usaha memantapkan perkhidmatan pengangkutan negara.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APAD Masita Mat Isa berkata sistem itu dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan selepas perolehan peruntukan dimuktamadkan kerajaan.
Beliau berkata pangkalan data berkenaan kini masih berada pada peringkat awal perolehan bajet daripada Kementerian Kewangan dan akan dilancarkan sebaik peruntukan diluluskan.
"Sistem yang dibangunkan ini akan merekodkan maklumat pemandu dan menentukan sama ada pemandu bas dan lori yang disenaraikan layak menjadi pemandu atau sebaliknya.
"Langkah ini sekali gus memudahkan syarikat membuat rujukan sekiranya ingin mengambil pemandu serta mengelak pemandu berisiko daripada memandu di jalan raya," katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Mutiara Sihat Sejahtera di sini hari ini.
Masita berkata pangkalan data berkenaan juga akan dihubungkan dengan pihak berkuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pengangkutan akan membangunkan satu sistem pangkalan data membabitkan semua pemandu pengangkutan awam termasuk bas ekspres dan bas persiaran.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata pangkalan data itu akan dibina oleh APAD bagi memudahkan pihak berkuasa menyemak rekod lampau pemandu bermasalah, sekali gus menyenaraihitamkan mereka daripada terus mengendalikan kenderaan awam.
Dalam pada itu, Masita berkata berdasarkan statistik tindakan penggantungan dan pembatalan lesen, sebanyak 659 tindakan punitif direkodkan pada 2025 melibatkan 577 penggantungan dan 82 pembatalan sama ada terhadap Lesen Pengendali, Permit Kenderaan atau Lesen Kenderaan bagi kenderaan pelancongan.
Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 2024 yang merekodkan 441 tindakan punitif, merangkumi 381 penggantungan dan 60 pembatalan.
"Secara keseluruhan, terdapat kenaikan sebanyak 33 peratus tindakan punitif pada 2025. Walaupun peningkatan ini ada kaitan dengan pelaksanaan audit khas terhadap 500 pengendali, hal ini mencerminkan tahap pematuhan keselamatan dalam kalangan sebahagian pengendali masih belum memuaskan dan perlu diperkukuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APAD
#pemandu bas
#pemandu lori
#pangkalan data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan