awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang

Bernama
Bernama
07/12/2023
06:37 MYT
Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi menyaman Lim kerana didakwa memfitnah beliau dalam artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman fitnah RM10 juta terhadap Tan Sri Lim Kit Siang.
Peguam Mohamed Apandi, Rueben Mathiavaranam dan M.Visvanathan ketika dihubungi Bernama mengesahkan permohonan kebenaran untuk merayu itu difailkan pada 1 Dis lepas.
Rueben berkata lima persoalan undang-undang dicadangkan dalam permohonan kebenaran merayu termasuk persoalan sama ada mengenai perkara melibatkan tindakan atau bukan tindakan peguam negara dalam peranan dan jawatan beliau sebagai peguam negara, termasuk pelaksanaan budi bicara pendakwa raya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan adalah wajar atau tidak.
Pada 2 Nov lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Mohamed Apandi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya dan memerintahkan beliau membayar kos RM100,000.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk M.Gunalan dan Datuk Azmi Ariffin, dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Mohamed Apandi selepas memutuskan tiada merit untuk rayuan itu.
Hakim Hadhariah yang membacakan keputusan mahkamah memutuskan bahawa Lim telah berjaya menimbulkan pembelaan justifikasi dan komen yang adil untuk menangkis saman itu.
Pada 23 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman Mohamed Apandi terhadap tokoh veteran DAP itu dan beliau kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan keesokan harinya.
Mohamed Apandi menyaman Lim kerana didakwa memfitnah beliau dalam artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
*Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Mohamed Apandi Ali
#Lim Kit Siang
#saman fitnah
#Mahkamah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan