MELAKA: Mengasaskan tiga jenis perusahaan sosial yang memberi impak ekonomi kepada komuniti setempat terutamanya golongan muda, melayakkan Muhammad Asmawi Sulaiman, 29, dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024.
Muhammad Asmawi berkata beliau yang berminat terlibat dalam aktiviti pertubuhan belia sejak menuntut di universiti, nekad untuk membuat pinjaman peribadi berjumlah RM40,000 bagi memulakan perniagaan dan sehingga kini perusahaannya berkembang kepada empat cawangan di sekitar Pahang.
Beliau berkata aktiviti utama perusahaan itu menjual barangan terpakai, jualan amal untuk mengumpul dana dan disalurkan kepada program pembangunan ekonomi belia, yang memerlukan bantuan selain menyediakan tempat acara perkahwinan kepada pasangan muda dengan harga mampu milik.
"Sehingga kini terdapat 50 pasangan yang telah kita bantu untuk mengadakan majlis perkahwinan, iaitu dengan menawarkan pakej yang jauh lebih murah iaitu sekitar RM5,000, bagi membantu meringankan beban mereka terutamanya golongan belia.
"Disebabkan tidak mahu terlalu mengharapkan dana daripada kerajaan, agensi dan korporat untuk membantu komuniti, jadi saya cuba membuat pinjaman namun saya amat bersyukur kerana perusahaan sosial ini menunjukkan hasil, selain menerima sokongan daripada pelbagai pihak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menerima APBN yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat kebangsaan, di Dataran Pahlawan di sini dan membawa pulang trofi beserta wang tunai RM20,000.
Menerusi perniagaan yang diusahakan Muhammad Asmawi itu juga, mereka menyediakan sebanyak 20 peluang pekerjaan kepada belia setempat, selain sejumlah 41.5 peratus daripada hasil perniagaan iaitu sebanyak RM119,800 telah disumbang kembali kepada masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan belia.
Sementara itu johan kategori individu wanita Esther Ezhil Nanggai, 21, berkata beliau tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, kerana melihat saingan bagi kategori itu sengit dan mempunyai ramai pemimpin belia berbakat.
Beliau yang kini menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Pengajian Antarabangsa Universiti Malaya itu berkata pengalaman sepanjang bergerak aktif dengan pertubuhan belia sejak di bangku sekolah, banyak memberinya peluang untuk meneroka pelbagai bidang termasuk aktiviti kemasyarakatan.
"Ini merupakan anugerah terbesar yang pernah diterima saya dan akan menjadi pembakar semangat untuk masa akan datang bagi meneruskan perjalanan dalam bidang pertubuhan belia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Muhammad Asmawi Sulaiman (kanan) dan Esther Ezhil Nanggai menunjukkan trofi yang dimenangi masing-masing selepas dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki dan wanita APBN 2024 sempena Hari Belia Negara (HBN) 2024. - Bernama

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'
Muhammad Asmawi Sulaiman, 29, dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024.

Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.

Ebit Liew harap dapat jadi inspirasi buat orang muda
Ebit Lew yang menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan hadiah berupa wang berjumlah RM10,000 itu adalah antara 13 individu yang menerima anugerah APBN 2020.