PETALING JAYA: "Kita bernasib baik kebakaran berlaku pada malam ini (Isnin), saya tidak dapat bayangkan jika berlaku pada malam Sabtu atau Ahad," kata seorang pengusaha gimnasium di bazar larut malam (Uptown) Kota Damansara, yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku malam tadi.
Mazalan Abdul Manan, 53, yang mengusahakan gimnasium di kawasan berkenaan sejak 2017 berkata pada Jumaat hingga Ahad setiap minggu, kawasan itu amat sesak dengan pengunjung yang datang membeli pelbagai barangan yang dijual peniaga di bazar berkenaan.
Beliau berkata jalan di sekeliling bazar itu selalunya akan dipenuhi dengan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan kemungkinan besar menyukarkan jentera bomba untuk tiba di lokasi, bagi memadamkan kebakaran.
Menceritakan kejadian kebakaran itu, Mazalan berkata beliau melihat asap tebal keluar dari kawasan bazar berkenaan pada 8.15 malam dan api merebak dengan pantas ke gerai berhampiran dan bahagian belakang gimnasiumnya.
"Melihat asap itu saya masuk ke kawasan bazar dan lihat asap datang dari sebuah gerai yang terletak berhampiran dengan gimnasium saya.
"Ketika itu terdapat kira-kira 15 orang ahli sedang bersenam di dalam gimnasium dan ketika api mula marak, mereka turut sama membantu saya mengeluarkan alat senaman lain, mereka turut membantu peniaga berhampiran menyelamatkan barangan niaga mereka dari terbakar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.
Mazalan berkata kebakaran itu mengakibatkan empat mesin senaman serta beberapa kelengkapan lain yang terletak di bahagian belakang, terbakar.
Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 1 Shah Alam Ahmad Zaidi Safuan berkata kebakaran berkenaan melibatkan kawasan seluas 100 kaki x 20 kaki dan api merebak dengan pantas berikutan kawasan berkenaan penuh dengan bahan mudah terbakar.
"Ketika pasukan penyelamat sampai api telah marak dengan besar dan kita menggunakan teknik kepungan untuk padam kebakaran," katanya.
Ahmad Zaidi berkata siasatan punca kejadian akan dijalankan hari ini dan dijangka akan selesai esok, manakala kawasan kebakaran berkenaan akan ditutup sementara waktu sehingga siasatan selesai.
Beliau berkata seramai 30 anggota dan tiga jentera dan sebuah lori tangki air terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran berkenaan.
"Kami terima panggilan kecemasan pada pukul 8.34 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 10 malam dan tiada mangsa terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Peniaga mengalihkan barangan yang musnah dalam kejadian kebakaran di Uptown Damansara kira-kira jam 8 malam tadi. - Gambar/ Bernama
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
'Api marak pantas, nasib baik tak berlaku waktu sesak' - Pemilik gimnasium
Setiap minggu, kawasan Uptown Kota Damansara sesak dengan pengunjung yang datang membeli pelbagai barangan yang dijual peniaga di bazar berkenaan.