Skip to main content

Malaysia

Aplikasi Price Catcher, MyGov Malaysia bantu rakyat jadi pengguna bijak - Fahmi

Muat turun aplikasi Price Catcher dan MyGov Malaysia di telefon pintar untuk semakan harga barangan serta akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan. -Gambar BERNAMA
Muat turun aplikasi Price Catcher dan MyGov Malaysia di telefon pintar untuk semakan harga barangan serta akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan. -Gambar BERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • Orang ramai disaran menggunakan aplikasi Price Catcher KPDN untuk membandingkan harga barangan keperluan sebelum membeli.
  • Fahmi Fadzil turut menggalakkan penggunaan aplikasi MyGov Malaysia yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dalam satu platform.
  • Aplikasi MyGov Malaysia menawarkan kemudahan AI Chat untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan kerajaan, termasuk syarat dan permohonan bantuan.

SHAH ALAM: Orang ramai disaran memanfaatkan aplikasi Price Catcher yang disediakan secara percuma oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membuat perbandingan harga sebelum membeli barangan keperluan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata aplikasi berkenaan membolehkan pengguna mengenal pasti premis yang menawarkan harga lebih berpatutan, termasuk kedai yang mungkin berada sedikit jauh dari kediaman mereka.

“Saya telah menyarankan supaya semua memanfaatkan aplikasi ini untuk mencari barang pada harga yang paling menepati keperluan masing-masing.

“Kadang kala kita tidak tahu ada kedai di belakang rumah kita yang lebih dekat mungkin harganya lebih tinggi, ada kedai yang mungkin jauh sedikit tetapi harganya jauh lebih murah,” katanya di Program Madani Kita, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Fahmi turut menggalakkan orang ramai memanfaatkan aplikasi MyGov Malaysia yang dibangunkan Jabatan Digital Negara di bawah Kementerian Digital.

Beliau berkata aplikasi berkenaan menghimpunkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan kerajaan daripada pelbagai kementerian dalam satu platform.

“Sebagai contoh, kita boleh ada maklumat mengenai lesen memandu kita, mengenai pasport kita, mengenai apa-apa saman yang mungkin kita ada daripada JPJ, PDRM.

“Kita juga ada maklumat daripada Bernama, Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) di dalam 'super app' ini dan ada satu kemudahan baharu iaitu AI Chat yang boleh dimanfaatkan untuk bertanya apa-apa soalan," katanya lagi.

Menurut Fahmi, kemudahan AI Chat itu boleh digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan pelbagai perkhidmatan kerajaan, termasuk syarat kelayakan dan kaedah permohonan program bantuan kerajaan.

“Contoh, apakah kelayakan dan cara untuk mendaftar bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Jadi boleh dimanfaatkan AI dalam aplikasi MyGov Malaysia untuk memudahkan kita mendapatkan perkhidmatan kerajaan,” ujarnya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah tujuan aplikasi Price Catcher yang disediakan oleh KPDN? 
    A: Aplikasi Price Catcher bertujuan membantu orang ramai membuat perbandingan harga barangan keperluan sebelum membeli.
  • Q: Bagaimana aplikasi Price Catcher dapat membantu pengguna? 
    A: Aplikasi ini membolehkan pengguna mengenal pasti premis yang menawarkan harga lebih berpatutan, termasuk kedai yang mungkin berada sedikit jauh dari kediaman mereka.
  • Q: Apakah fungsi utama aplikasi MyGov Malaysia yang dibangunkan oleh Jabatan Digital Negara? 
    A: Aplikasi MyGov Malaysia menghimpunkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan kerajaan daripada pelbagai kementerian dalam satu platform.
  • Q: Apakah kemudahan baharu yang terdapat dalam aplikasi MyGov Malaysia? 
    A: Aplikasi MyGov Malaysia kini mempunyai kemudahan AI Chat yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelbagai perkhidmatan kerajaan.
  • Q: Bagaimana AI Chat dalam aplikasi MyGov Malaysia boleh dimanfaatkan oleh orang ramai? 
    A: AI Chat boleh digunakan untuk bertanya soalan mengenai syarat kelayakan dan kaedah permohonan program bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Must Watch Video

Advertisement