PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengaplikasikan teknologi angkasa bagi mengesan lokasi tapak pelupusan sampah haram dengan tepat di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam satu kenyataan semalam berkata setakat ini, sebanyak 86 tapak pelupusan haram berjaya ditutup dan dijangka sasaran penutupan 100 tapak pelupusan sampah haram bagi tempoh 100 hari pentadbirannya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Isu pengurusan sisa pepejal sewajarnya diteliti dengan terperinci dan diselesaikan dengan segera bagi memberi kesejateraan kepada rakyat Malaysia.
"Kegagalan menangani isu ini boleh memberi impak negatif kepada kebersihan di kawasan setempat sehingga menjejaskan kualiti kesihatan dan kelestarian alam sekitar," katanya.
Beliau berkata KPKT turut menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk memperkasa aspek pemantauan dan penguatkuasaan dalam memastikan tiada sebarang kegiatan pencerobohan tanah bagi tujuan tapak pelupusan sampah haram.
Selain itu, beliau berkata sebagai langkah awal KPKT telah menubuhkan sebuah pasukan pertugas khas bagi meneliti secara terperinci semua isu berkaitan pengurusan sisa pepejal agar ia dapat diselesaikan segera secara holistik.
Katanya, beliau telah mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas itu pada Selasa (31 Jan) yang dihadiri pelbagai jabatan dan agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar, MYSA dan SWCorp.
"Penubuhan petugas ini membuktikan KPKT komited melaksanakan segala tindakan ke arah pengurusan sisa pepejal yang lebih berkesan dan efektif.
"Tumpuan kawalan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan di seluruh negara dengan memberikan fokus kepada Selangor sebagai negeri pertama dalam memastikan pelaksanaan usaha ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Nga berkata, kegagalan menangani isu pengurusan sisa pepejal boleh memberi impak negatif kepada kebersihan di kawasan setempat sehingga menjejaskan kualiti kesihatan dan kelestarian alam sekitar. - Gambar hiasan

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
KLIA adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu kepada pengunjung luar negara.

Aplikasi teknologi angkasa kesan tapak pelupusan sampah haram
Setakat ini, sebanyak 86 tapak pelupusan haram berjaya ditutup.

KPKT umum hapus 68 tapak pelupusan sampah haram
Nga Kor Ming melahirkan keyakinan sasaran pembersihan 100 tapak pelupusan sampah haram yang dijadikan petunjuk prestasi (KPI) bagi kementeriannya akan dapat dilaksanakan tidak lama lagi.

KPKT tekad musnah, bersihkan 100 tapak pelupusan sampah haram
Langkah itu akan menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi kementerian untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tapak sampah haram: ADUN Dusun Tua cari 'Haji Shariff'
Penduduk sekitar kawasan perumahan Taman Pinggiran Delima Fasa 1 di sini berhadapan dengan masalah bau busuk dan asap kesan daripada pelupusan sampah secara haram sejak berbulan lamanya.

Melaka tetap bangunkan insinerator di tapak pelupusan Sungai Udang - Sulaiman
Loji Sisa Ke Tenaga (WTE) atau insinerator yang dijanjikan dibangunkan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang akan tetap dilaksanakan.

15 tahun hidu bau busuk, penduduk 'terpenjara' di rumah sendiri
Penduduk di kawasan terjejas berang dengan kelewatan pihak berwajib bertindak walaupun selepas diajukan aduan berkali-kali.

Negeri Sembilan mohon hantar sisa buangan ke Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan memohon pertimbangan Selangor bagi menghantar sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah di Sepang untuk sementara waktu.

Kolam takungan pecah, Tapak Pelupusan Ladang Tanah Merah, Port Dickson ditutup sementara
Operasi Tapak Pelupusan Sampah Ladang Tanah Merah, Port Dickson dekat sini dihentikan sementara sejak 29 Ogos lepas.

Proses pengambilan tanah bina WTE di Melaka di peringkat akhir - Exco
Pembinaan insinerator itu perlu disegerakan berikutan tapak pelupusan sampah berkenaan dijangka mencapai tahap kapasiti maksimum.

Pemandu lori rentung dalam kemalangan
Lori dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan lalu terbalik serta terjatuh ke dalam ladang kelapa sawit.