PASIR MAS: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan memperkemaskan anggotanya serta persiapan logistik bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL) masih belum berakhir.
Pengarah APM Kelantan Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata langkah tersebut bertujuan memastikan pihaknya dapat menjalankan operasi dengan baik semasa dan selepas bencana berkenaan.
"Sekarang ini kita mempunyai 1,300 anggota yang bersiap sedia diatur gerak apabila notis berkaitan banjir dikeluarkan jabatan teknikal.
"Begitu juga dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat, kita akan membantu gerak kerja mereka supaya agihan bantuan dapat dimanfaatkan oleh mangsa banjir tidak hanya di satu tempat sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sumbangan kepada mangsa banjir di Masjid Warisan Kampung Lobok Gong, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengasas Perniagaan Hikmat Iktisas Ab Kadir Jailani.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Sementara itu, Ab Kadir berkata sebanyak 150 kelengkapan perabot diagihkan kepada mangsa yang terjejas banjir di kampung itu dengan usaha sama Pertubuhan Memperkasakan Ummah Malaysia, BeDaie, Perniagaan Hikmat Iktisas dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Pertubuhanan Memperkasakan Ummah Malaysia memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk kelengkapan perabot yang disokong penuh oleh Perniagaan Hikmat Iktisas yang merupakan penyumbang utama misi ini.
"Sumbangan itu dibahagikan kepada tiga fasa iaitu pertama kepada penduduk Kampung Lobok Gong dan Kampung Tersang, fasa kedua kepada Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) dan terakhir kepada APM Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 03 2023

Mohd Adzhar (kiri) bersama Pengasas Hikmat Iktisas Ab Kadir Jailani (kanan) melihat sebahagian barangan yang akan disumbangkan kepada penduduk yang terkesan banjir di Masjid Warisan Penghulu Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, hari ini.- BERNAMA

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Bazar Jalan Pantai meriah seawal jam 2 petang
Bazar Jalan Pantai, Sandakan meriah seawal jam 2 petang dibanjiri pengunjung pelbagai kaum dan agama. Selain menjual pelbagai juadah, tahap kebersihan bazar ini sangat memuaskan.

4,486 fakir dalam senarai TBS
Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup yang dikategorikan sebagai fakir disenaraikan dalam sistem pengkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan layak terima bantuan Aidilfitri.

Jaga kebajikan, KPWKM kaji kerjasama bersama KKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji penambahbaikan Akta Orang Papa 1997 termasuk aspek kerjasama dengan KKM.

Sasar 100 pain darah bantu kekurangan darah hospital Tawau
Kempen derma darah dianjurkan Gereja Saint Patrick Tawau bagi membantu Hospital Tawau dengan kekurangan darah sempena bulan Ramadan.

RM107.43 juta diperuntuk untuk bina kompleks OKU, warga tua
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM100 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memenuhi keperluan golongan OKU dan warga tua.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Industri pembuatan songkok masih releven
Industri pembuatan songkok di Kuching masih releven dan menjanjikan pulangan memberangsangkan. Pengusaha, Siti Mariam usahakan legasi ibu mertuanya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aplikasi jejak Asnaf TBS bantu salur bantuan lebih efektif
Guna aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak bagi bantu lebih ramai yang memerlukan. Aplikasi itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

AWANI Ringkas: Sultan Johor cadangkan tanah-tanah orang Asli di Johor dijadikan tanah kesultanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Maritim rampas 16 bubu naga di Pulau Perjudi
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan merampas 16 unit bubu naga di perairan Pulau Perjudi.

3 nelayan terselamat selepas bot karam akibat bocor
Maritim Malaysia menyelamatkan tiga nelayan tempatan selepas bot mereka karam akibat bocor ketika menangkap ikan di perairan Tanjung Kubong, Labuan semalam.

Lebih 700 kekosongan jawatan dalam APMM perlu diisi
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memerlukan lebih 700 anggota baharu, bagi mengisi kekosongan jawatan bagi memantapkan perkhidmatan dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Pengurus syarikat perikanan direman bantu siasatan kes suapan anggota APMM
Suspek dipercayai terlibat memberi suapan bulanan kepada anggota APMM, sebagai dorongan mengelak bot diperiksa anggota penguat kuasa.

APMM tahan dua bot nelayan gaji warga asing
Kesemua lelaki warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Sempat tangkap 500kg hasil laut sebelum dicekup
Kesemua nelayan termasuk tekong bot berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun itu ditahan ketika pihaknya sedang menjalankan rondaan rutin dalam Op Pertiwi dan Op Tanjung.

Dua kapal OPV bakal diserah pada pertengahan, hujung tahun ini
Walaupun projek itu mengalami kelewatan daripada jadual sepatutnya, namun, tiada tambahan kos akan dikenakan.

APMM Kelantan lupus tujuh bot nelayan Vietnam
Tiga daripada bot yang ditenggelamkan merupakan bot nelayan asing yang menggunakan nombor bot tempatan untuk mengaburi mata penguat kuasa.

APMM gagalkan cubaan 35 orang keluar ke Filipina
Maritim Malaysia menahan bot tanpa nombor pendaftaran yang cuba membawa keluar 35 orang dari Sandakan ke Filipina.

APMM sedia bekerjasama dengan SPRM hapus 'suapan bulanan'
APMM memandang serius perkara berkenaan dan akan bersama SPRM dalam menghapuskan jenayah yang tidak bermoral itu.