awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan

Bernama
Bernama
03/02/2025
06:30 MYT
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
APM sentiasa siap siaga memantau keselamatan pengunjung di lokasi tumpuan ramai itu selain memberikan khidmat nasihat supaya mereka lebih berhati-hati.- Gambar fail/Bernama
MERSING: Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di sini, berikutan daerah ini masih lagi dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL).
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing Lt M (PA) Muhamad Syafiq Mohamad Sabri berkata meskipun cuaca baik, keadaan angin kencang dan laut bergelora berisiko kepada aktiviti pantai serta berkaitan air.
"Para pengunjung hendaklah mematuhi arahan bendera merah yang melarang untuk mandi-manda selain elakkan menghampiri kawasan pantai bagi menghindari insiden tidak diingini berlaku.
"Pada masa sama, kita ingin menasihati mereka agar mengambil perhatian mengenai maklumat ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)," katanya kepada Bernama hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati pantai yang popular dalam kalangan penduduk setempat itu meriah dengan kehadiran pengunjung pada musim cuti sekolah dan cuti umum Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.
Muhamad Syafiq berkata pihaknya sentiasa siap siaga memantau keselamatan pengunjung di lokasi tumpuan ramai itu selain memberikan khidmat nasihat supaya mereka lebih berhati-hati.
"Seorang pegawai dan lima anggota terlibat untuk penugasan di menara penyelamat pantai bagi menjadi 'penyampai amaran' kepada pengunjung yang melepasi radius ditetapkan.
"Pasukan ini juga akan membuat rondaan di pantai secara berkala selain memastikan alatan menyelamat sedia digunakan pada bila-bila masa," katanya.
MetMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur (kategori pertama) pada 4 hingga 7 Feb ini.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#bendera merah
#Pantai Air Papan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan