awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM perkemas perjawatan kontrak sebelum serap tetap

Bernama
Bernama
02/07/2023
05:38 MYT
APM perkemas perjawatan kontrak sebelum serap tetap
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Aminurrahim Mohamed (tengah) pada sidang media sempena Program Ibadah Korban APM Wilayah Persekutuan di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan memperkemas perjawatan kontrak termasuk dari segi gred sebelum ia dibincangkan di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan diserap ke jawatan tetap.
Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata perkara itu dibuat selaras arahan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan tumpuan perjawatan adalah kepada anggota di peringkat negeri dan daerah terutamanya di kawasan terpencil.
"JPM minta kami perkemaskan untuk diangkat kepada JPA, insya-Allah. Kami berharap ia berjaya kerana ini merupakan tumpuan APM," katanya dalam sidang media selepas Program Ibadah Korban Platinum APM di Ibu Pejabat APM Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai negeri-negeri di utara Semenanjung yang dijangka mengalami ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang susulan angin baratan, Aminurrahim berkata APM sentiasa bersiap-siaga termasuk memastikan 427 anggota bersedia.
Selain itu, menurutnya APM juga akan menaikkan 40 bendera merah di menara pantai yang dikenal pasti dan berpotensi mengalami angin baratan.
"APM akan memantau di kawasan pantai yang menjadi tumpuan orang ramai dan melarang pengunjung mandi-manda di pantai susulan angin baratan," katanya.
Semalam, MetMalaysia memaklumkan angin baratan dijangka berlaku hingga Rabu ini di negeri-negeri utara Semenanjung selain Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkatan pertahanan awam
#perjawatan kontrak
#Aminurrahim Mohamed
#jawatan tetap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan