awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM, AADK tahan 25 individu dalam operasi banteras dadah

Bernama
Bernama
04/10/2023
13:43 MYT
APMM, AADK tahan 25 individu dalam operasi banteras dadah
Noor Azreyanti berkata kesemua yang ditahan adalah lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 20-an hingga 50-an yang ditahan di atas bot serta jeti nelayan di kawasan itu.- Gambar FB APMM
ALOR SETAR: Seramai 25 individu ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar kawasan perairan Kuala Kedah, di sini, pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata kesemua yang ditahan adalah lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 20-an hingga 50-an yang ditahan di atas bot serta jeti nelayan di kawasan itu.
Katanya, kesemua mereka didapati positif dadah jenis Methaphetamine, terdiri daripada tujuh individu yang ditahan ketika saringan air kencing dijalankan di atas bot-bot nelayan, manakala 18 lagi ditahan di jeti.
"Operasi bersepadu ini bertujuan membanteras aktiviti penagihan dadah dalam kalangan komuniti nelayan di sekitar perairan Kuala Kedah dan ia melibatkan 39 pegawai dan anggota dari kedua-dua agensi berkenaan.
"Serbuan dilakukan di jeti-jeti bot sekitar muara Kuala Kedah serta pemeriksaan secara rawak ke atas bot nelayan tempatan yang berada di sekitar perairan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua yang ditahan diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Noor Azreyanti menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.
"Masyarakat turut diseru menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan sebarang aktiviti jenayah serta kecemasan di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#Maritim Malaysia
#operasi banteras dadah
#perairan Kuala Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan