awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM gagalkan cubaan seludup rokok kretek di Perairan Batu Pahat

Bernama
Bernama
22/12/2022
23:15 MYT
APMM gagalkan cubaan seludup rokok kretek di Perairan Batu Pahat
Bot pancung digunakan penyeludup untuk membawa masuk rokok kretek secara haram di perairan Kuala Batu Pahat. - Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 282,000 batang rokok kretek pelbagai jenama disyaki dari negara jiran di perairan Kuala Batu Pahat di sini awal pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata rokok itu dibawa menggunakan sebuah bot pancung dan bot itu dikesan bot ronda APMM yang sedang melaksanakan Op Jaksa dan Op Sapu Air 2022 pada 1 pagi.
"Sebaik bot APMM menghampiri untuk pemeriksaan, bot tanpa nombor pendaftaran itu terus memecut laju ke arah daratan.
"Kelihatan dua individu dipercayai lelaki tempatan, terjun meninggalkan bot seterusnya melarikan diri ke arah daratan," katanya kepada pemberita di Pangkalan Zon Maritim Batu Pahat semalam.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati bot fiber itu menggunakan enjin jenis Yamaha 40 kuasa kuda.
Menurut Mohd Haniff pemeriksaan lanjut menemukan 25 kotak mengandungi 282,000 batang rokok tidak bercukai dipercayai untuk dijual secara haram dalam negara ini.
Katanya keseluruhan rampasan termasuk bot fiber serta enjin dianggar bernilai RM303,000 dan kes berkenaan disiasat lanjut mengikut Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#rokok seludup
#Batu Pahat
#bot tanpa nombor pendaftaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan