awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM tahan 18 bot atas pelbagai kesalahan di perairan Pulau Perhentian

Bernama
Bernama
18/08/2025
12:30 MYT
APMM tahan 18 bot atas pelbagai kesalahan di perairan Pulau Perhentian
Hamiludin berkata operasi khas yang bermula 15 Ogos hingga semalam membabitkan 60 pegawai dan anggota bersama lima aset laut milik Maritim Malaysia. - Gambar fail/APMM
JERTIH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan 18 bot penumpang termasuk sebuah vesel nelayan tempatan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Patuh di sekitar perairan Pulau Perhentian di sini.
Pengarah Maritim Terengganu Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata operasi khas yang bermula 15 Ogos hingga semalam membabitkan 60 pegawai dan anggota bersama lima aset laut milik Maritim Malaysia.
"Kesemua bot terbabit ditahan atas pelbagai kesalahan serius antaranya membawa penumpang melebihi had, tiada insuran, beroperasi tanpa lesen yang sah, melanggar syarat lesen, menggunakan bot nelayan dan bot kargo untuk membawa penumpang, tiada perakuan kompetensi nakhoda serta tidak menyediakan peralatan keselamatan nyawa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamiludin berkata susulan itu, pihaknya menahan 32 individu berusia 20 hingga 50 tahun termasuk tekong vesel nelayan dan pemandu bot penumpang.
Beliau berkata kesemua mereka dikenakan kompaun serta denda keseluruhan sebanyak RM416,000 dan semua bot yang ditahan telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Besut untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Perikanan 1985.
"Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan perbuatan yang mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mempertaruhkan nyawa penumpang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#nyawa penumpang
#denda keseluruhan
#bot penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami