awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS‑SEZ: Malaysia-Singapura tingkat komitmen, tumpu pelaksanaan
Trump berharap sangat Amerika tidak lancar tindakan ketenteraan terhadap Iran
UTeM, universiti Slovakia bangun makmal AI dan sibernetik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM tingkat operasi kekang pencerobohan nelayan asing pada musim tengkujuh

Bernama
Bernama
15/12/2025
09:33 MYT
APMM tingkat operasi kekang pencerobohan nelayan asing pada musim tengkujuh
Keberadaan APMM sentiasa konsisten serta berkesan dalam usaha mencegah kemasukan bot nelayan asing. - Bernama
DUNGUN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing sepanjang musim tengkujuh ini.
Pengarah APMM Terengganu Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata rondaan berterusan digerakkan menggunakan aset laut dan udara khususnya di zon perikanan yang kerap menjadi sasaran nelayan asing walaupun dalam keadaan laut bergelora.
"Keberadaan APMM sentiasa konsisten serta berkesan dalam usaha mencegah kemasukan bot nelayan asing," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata APMM Terengganu telah melakukan 5,851 pemeriksaan bagi tempoh 1 Jan hingga 15 Dis yang menyaksikan enam bot nelayan asing bersama 64 kru ditahan dengan nilai rampasan dianggar mencecah RM9 juta.
Hamiludin berkata pihaknya turut memperkukuh penguatkuasaan melalui risikan maritim yang memantau pergerakan bot mencurigakan menggunakan sistem pengawasan serta maklumat komuniti nelayan tempatan, sekali gus membolehkan tindakan pantas diambil pihak maritim.
Beliau berkata dalam masa sama, APMM mempergiatkan advokasi keselamatan dengan menasihati nelayan tempatan supaya segera melaporkan sebarang pencerobohan atau aktiviti mencurigakan di laut bagi tindakan awal.
"Kerjasama antara agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Perikanan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dipertingkatkan bagi menyelaras tindakan dan memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh," katanya.
Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) sebelum ini bimbang kegiatan pencerobohan bot nelayan Vietnam yang dilihat berleluasa pada musim tengkujuh.
Pengerusi Penentu Mat Yassin Mohamed berkata bot nelayan asing itu seolah-olah tidak takut memasuki perairan negeri ini untuk menangkap hasil laut kerana mereka mengandaikan operasi pihak berkuasa berkurangan ketika cuaca buruk dan ombak bergelora.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#Maritim Malaysia
#nelayan asing
#pencerobohan
#musim tengkujuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan