awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple bakal tampil dengan iPhone versi SE Isnin ini?

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
20/03/2016
07:09 MYT
Apple bakal tampil dengan iPhone versi SE Isnin ini?
Apple mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu acara di ibu pejabatnya di California pada 21 Mac ini. - Gambar fail
SYARIKAT Apple Inc dijangka bakal mendedahkan edisi terbaharu peranti paling popularnya iPhone pada minggu hadapan.
Apple turut mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis di ibu pejabatnya di California, Amerika Syarikat pada 21 Mac ini meskipun enggan mendedahkan butiran lanjut apakah tujuan ia diadakan.
Namun khabar sedang bertiup kencvang yang ia bakal memperkenal iPhone versi paparan lebih kecil dari yang sedia ada atau lebih dikenali sebagai versi SE.
Menurut beberapa portal antarabangsa, berikut adalah beberapa ciri khas yang boleh dijangkakan dalam telefon pintar iPhone SE yang bakal diperkenalkan oleh Apple.
Paparan skrin 4-inci
Menurut Tech Insider, iPhone SE ini akan mempunyai paparan saiz skrin bersaiz 4-inci dengan resolusi 960 x 640 piksel.
Reka bentuk yang hampir sama dengan iPhone 5S
Menurut wartawan 9to5’s Mac, Mark Gurman, iPhone SE akan tampil dengan reka bentuk yang hampir sama dengan iPhone 5S, iaitu butang ‘volume’ di bahagian atas telefon, dan sisi yang berbentuk ‘melengkung .
According to my source, two prototypes of the new 4" #iPhone were tested by #Apple. Here's what they look like... pic.twitter.com/RgVblGdCRi
— OnLeaks (@OnLeaks) February 24, 2016
Kepantasan telefon sama dengan kepantasan iPhone 6S
Menurut Gurman, iPhone SE ini menggunakan chip A9 dan pemproses M9 yang digunakan dalam iPhone 6s, yang akan membolehkan pengguna mengaktifkan ciri Siri dengan hanya berkata: “Hi Siri”.
Kamera 12 megapixel
Sama seperti iPhone 6S, iPhone SE juga bakal tampil dengan kamera 12 megapixel dan sokongan video 4k.
Sambungan rangkaian Wi-Fi yang baik
Menurut beberapa portal antarabangsa, peranti sambungan rangkaian untuk kedua- dua Wi-Fi dan sambungan selular telah dinaik tarafkan.
Dua model sahaja
Menurut Tech Insider, iPhone SE hanya akan dilancarkan dengan dua model kapasiti penyimpanan iaitu 16GB dan 32GB.
Koleksi warna yang sama dengan iPhone 6S
Difahamkan, iPhone SE ini akan dilancarkan dalam empat warna, iaitu silver,space grey,gold dan rose gold.
Topic Berkaitan
#Apple
#gajet
#iphone se
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan