awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple dilapor ingin guna Google Gemini untuk kuasakan Siri baharu

Amanz
Amanz
23/08/2025
04:00 MYT
Apple dilapor ingin guna Google Gemini untuk kuasakan Siri baharu
Apple sedang berbincang dengan Google untuk menggunakan model AI seperti Gemini bagi menguasakan Siri baharu yang dijangka dilancar pada 2026. -Gambar hiasan/Amanz
APPLE dilaporkan berhubung dengan pihak Google dalam membangunkan model kecerdasan buatan khusus untuk menguasakan Siri baharu, yang dijadualkan untuk pengenalan pada 2026.

Ringkasan AI
  • Apple sedang berbincang dengan Google untuk menggunakan model AI seperti Gemini bagi menguasakan Siri baharu yang dijangka dilancar pada 2026.
  • Siri kini ketinggalan jauh berbanding pesaing kerana kelewatan pelaksanaan Apple Intelligence dan ciri AI yang diumumkan sebelum ini.
  • Apple turut mempertimbangkan model pihak ketiga lain seperti OpenAI dan Anthropic, sambil menstruktur semula strategi AI untuk kembali bersaing.

Seperti ramai sedia maklum, Apple sedikit ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan berbanding yang lain.
Perancangan Apple Intelligence dan Siri yang baharu juga tidak berjalan lancar seperti dijadualkan, membuatkan sejumlah ciri-ciri yang diumumkan sebelum ini masih tidak dilancarkan walaupun telah melangkaui setahun.
Ini sekali gus membuatkan Apple kelihatan tercicir dalam arena kecerdasan buatan, berbanding pesaing yang lain.
Untuk tujuan berkenaan, Apple sedang menstruktur semula pelbagai perkara. Mengikut laporan, Apple akan membuat keputusan akhir sama ada menggunakan model yang dibangunkan sendiri atau menggunakan model pihak ketiga untuk menguasakan Siri.
Siri sebelum ini sedia melakukan beberapa perkara asas sahaja, walaupun dibandingkan dengan Google Assistant.
Dengan integrasi kecerdasan buatan dan pengenalan Google Gemini, ia lebih jauh ketinggalan berbanding yang lain.
Selain menggunakan model Google, Apple juga turut dikatakan telah pertimbangkan menggunakan model OpenAI atau Anthropic untuk menguasakan Siri baharu mereka. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#kecerdasan buatan
#Google
#Apple Intelligence
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan