awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah

Amanz
Amanz
25/04/2024
03:40 MYT
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Acara dijangka mengumumkan jualan Vision Pro ke lebih banyak pasaran dalam acara khas 7 Mei depan. -Amanz
BARU-BARU ini kami laporkan permintaan untuk Apple Vision Pro sudah merosot hampir tiga bulan sejak ia mula dijual di Amerika Syarikat.
Semalam penganalisis Ming-Chi Kuo pula melaporkan Apple telah mula mengurangkan pengeluaran set kepala perkomputeran spatial ini kerana jualan yang semakin berkurangan.
Menurut beliau Apple kini menyasarkan pengeluaran sekitar 400,00 hingga 450,000 Vision Pro tahun ini yang adalah lebih rendah berbanding sasaran asal mereka iaitu antara 700,000 ke 800,000 unit.
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Di Malaysia, misalnya, Vision Pro dijual pada harga mencecah RM25,000 yang jauh lebih mahal berbanding harga jualan asal sekitar RM16,000.
Acara dijangka mengumumkan jualan Vision Pro ke lebih banyak pasaran dalam acara khas 7 Mei depan.
Beberapa ciri baharu Vision Pro mungkin akan diperlihatkan bersama dengan pengumuman beberapa model iPad baharu.
Bagaimana pula dengan anda? Masihkah teruja untuk membeli Vision Pro jika ia dipasarkan di Malaysia? -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#Ming-Chi Kuo
#Vision Pro
#permintaan merosot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan