awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple dilapor pertimbang beli Perplexity, Mistral AI

Amanz
Amanz
27/08/2025
09:03 MYT
Apple dilapor pertimbang beli Perplexity, Mistral AI
Apple pertimbang ambil alih Perplexity AI dan Mistral AI untuk kukuhkan kedudukan dalam teknologi kecerdasan buatan. -Gambar fail/Amanz
APPLE sedia dilihat ramai agak ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan berbanding syarikat teknologi lain.

Ringkasan AI
  • Apple pertimbang ambil alih Perplexity AI dan Mistral AI untuk kukuhkan kedudukan dalam teknologi kecerdasan buatan.
  • Perplexity AI dijangka bantu Apple bangunkan enjin carian AI sendiri dan tingkatkan keupayaan Siri.
  • Apple rancang bina platform orkestrasi AI pengguna yang pilih model terbaik untuk setiap tugas secara automatik.

Apatah lagi dengan beberapa ahli pasukan Apple telah menyertai syarikat lain, dan Apple sendiri menghadapi cabaran dalam memperkenalkan sejumlah ciri yang telah dijanjikan.
Dalam usaha untuk menguatkan kembali penawaran mereka, Tim Cook sebelum ini sedia menyatakan terbuka untuk mengambil alih syarikat lain.
Selari dengannya, kini hadir laporan mengatakan Apple pertimbang untuk mengambil alih firma kecerdasan popular.
Dua nama yang disebut adalah Perplexity, iaitu sebuah firma kecerdasan buatan yang memfokuskan kepada sokongan carian, selain turut menawarkan pelayar web khusus diintegrasikan kecerdasan buatan.
Di samping itu, satu lagi nama yang disebut adalah Mistral yang berpusat di Eropah. Kedua-dua pihak tidak mengeluarkan komen berkaitan perkara ini.
Apple sedia mempunyai dana yang banyak yang boleh menyokong pengambilalihan syarikat lain. Namun, beberapa perkara perlu dipertimbangkan, termasuk integrasi dengan syarikat, selain adakah selari dengan misi dan visi Apple sendiri.
Laporan sama turut mengatakan terdapat pasukan dalam Apple yang percaya boleh bangunkan penawaran kecerdasan buatan tersendiri, dan tidak perlu bergantung kepada pengambilalihan syarikat lain. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#Perplexity AI
#Mistral AI
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan