awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple mula pertimbang pengganti Tim Cook, John Ternus disebut sebagai calon utama

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2025
07:00 MYT
Apple mula pertimbang pengganti Tim Cook, John Ternus disebut sebagai calon utama
Tim Cook telah menerajui Apple selama lebih 14 tahun dan membawa nilai syarikat melebihi AS$4 trilion serta memperkukuh ekosistem melalui pembangunan cip tersendiri. -Gambar fail/Amanz
SELEPAS lebih 14 tahun menerajui Apple sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook dilaporkan mula dipertimbang untuk diganti, dengan nama John Ternus disebut sebagai antara calon utama.

Ringkasan AI
  • Tim Cook telah menerajui Apple selama lebih 14 tahun dan membawa nilai syarikat melebihi AS$4 trilion serta memperkukuh ekosistem melalui pembangunan cip tersendiri.
  • Apple kini menghadapi cabaran dalam bidang AI dan telah membatalkan projek kereta, dengan fokus semasa beralih kepada kaca mata pintar Vision Pro.
  • Laporan Bloomberg menyebut John Ternus sebagai calon utama pengganti Tim Cook, dengan kepakaran teknikal dan peranan penting dalam pembangunan produk Apple.

Tim Cook mengambil alih jawatan CEO daripada mendiang Steve Jobs pada Ogos 2011, dan sejak itu telah membawa pelbagai kemajuan kepada Apple termasuk peningkatan nilai syarikat melebihi AS$4 trilion.
Di bawah kepimpinannya, Apple beralih kepada pembangunan cip pemprosesan tersendiri merentas peranti, membolehkan kawalan penuh terhadap ekosistem perkakasan dan perisian.
Sepanjang tempoh tersebut, beberapa projek telah dilancarkan — ada yang berjaya dan ada yang dibatalkan.
Antaranya, projek kereta elektrik Apple yang dihentikan, manakala pembangunan Vision Pro kini difokuskan kepada peranti kaca mata pintar.
Apple juga masih berdepan cabaran dalam bidang kecerdasan buatan (AI), dengan persaingan sengit daripada syarikat seperti Google, Microsoft dan Meta.
Menurut laporan Bloomberg, Apple kini mula menilai beberapa calon pengganti Tim Cook sebagai persediaan jangka panjang.
John Ternus, Naib Presiden Kanan Bahagian Kejuruteraan Perkakasan, dilaporkan menjadi antara nama yang disebut kerana kepakaran teknikal dan penglibatan aktif dalam pembangunan produk utama Apple.
Ternus dilihat sebagai calon yang berpotensi untuk membawa Apple ke fasa baharu, terutama dalam menghadapi cabaran teknologi masa depan.
Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai tarikh persaraan Tim Cook.
Langkah penilaian ini dilihat sebagai persiapan awal oleh lembaga pengarah Apple bagi memastikan kesinambungan kepimpinan apabila masa itu tiba.
Topic Berkaitan
#Apple
#tim cook
#John Ternus
#calon pengganti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan