awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi guna AI untuk kurangkan kesesakan

Shafizan Johari
Shafizan Johari
15/06/2024
01:30 MYT
Arab Saudi guna AI untuk kurangkan kesesakan
Arab Saudi menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk memperkemas pengurusan lalu lintas dan mengurangkan kesesakan di Mekah semasa musim haji. - Gambar hiasan Saudi Press Agency
MEKAH: Arab Saudi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memperkemas pengurusan lalu lintas dan mengurangkan kesesakan di Mekah semasa musim haji, demi memberikan pengalaman yang lebih selamat dan lancar.
Penyelesaian AI digunakan bagi membantu memperhebat pelbagai sistem, antaranya pemantauan trafik masa nyata dan sistem kawalan isyarat adaptif.
Semua ini dibuat dengan hasrat untuk menyelaraskan aliran kenderaan dan pejalan kaki, mengurangkan kesesakan dan memastikan pergerakan yang lebih lancar di seluruh bandar.
Pihak Kementerian Dalam Negeri turut memperkenalkan beberapa aplikasi AI yang baharu, termasuk algoritma baharu kamera pengawasan untuk menganalisis bilangan kenderaan di jalan raya di bandar itu.
Data ini akan menawarkan pemahaman mendalam yang dapat membantu kakitangan keselamatan memantau dan menganalisis data semasa operasi haji.
Selain itu, Arab Saudi turut memperkenalkan inisiatif Cermin Mata Maya yang disasar dapat merevolusikan pemantauan pengangkutan dengan melengkapkan pemantau lapangan dengan cermin mata realiti tambahan.
Ia bertujuan membantu pihak berkuasa menyelia aktiviti dan memastikan pematuhan undang-undang.
Dengan sasaran untuk mengurangkan masa pemeriksaan sebanyak 600 peratus, daripada 60 saat kepada hanya 10 saat, teknologi inovatif ini diharapkan dapat menyelaraskan operasi dan meningkatkan kecekapan dengan ketara.
Topic Berkaitan
#Haji 2024
#jemaah haji
#artificial intelligence
#kesesakan di Mekah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan