awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi lancar 'Nusuk Umrah' untuk permudah visa dan perjalanan

Bernama
Bernama
21/08/2025
12:50 MYT
Arab Saudi lancar 'Nusuk Umrah' untuk permudah visa dan perjalanan
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Rabu melancarkan perkhidmatan Nusuk Umrah, yang membolehkan jemaah dari luar negara memohon visa umrah secara langsung dan menempah perkhidmatan dalam talian tanpa perantara. - Gambar hiasan
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Rabu melancarkan perkhidmatan Nusuk Umrah, yang membolehkan jemaah dari luar negara memohon visa umrah secara langsung dan menempah perkhidmatan dalam talian tanpa perantara.

Ringkasan AI
  • Arab Saudi lancar platform Nusuk Umrah untuk mohon visa dan tempah perkhidmatan umrah secara dalam talian tanpa perantara.
  • Platform ini tawar pakej bersepadu atau tempahan individu seperti visa, hotel, pengangkutan dan lawatan.
  • Inisiatif ini sokong Visi 2030 Arab Saudi bagi tambah bilangan jemaah dan tingkat kualiti perkhidmatan.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), platform ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memperkaya pengalaman jemaah.
Nusuk Umrah adalah pilihan baharu bagi jemaah antarabangsa, melengkapi saluran sedia ada seperti ejen bertauliah. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyesuaikan perjalanan mereka dengan memilih pakej bersepadu atau menempah perkhidmatan secara individu seperti visa, penginapan, pengangkutan dan lawatan.
Platform ini menampilkan antara muka mesra pengguna yang menyokong tujuh bahasa, berintegrasi dengan sistem kerajaan dan menawarkan pelbagai pilihan pembayaran untuk pengalaman digital yang lancar.
Pelancaran perkhidmatan ini sebahagian usaha kementerian untuk mencapai matlamat Visi 2030 Arab Saudi, dengan menambah bilangan tetamu Muslim serta menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan mudah bagi mempertingkatkan perjalanan ibadah haji dan umrah.
Platform baharu ini boleh diakses di: https://umrah.nusuk.sa/
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Nusuk Umrah
#visa umrah
#perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan