awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Singapura guna chatbot AI untuk kerja, bukan bersosial - Kajian
X perketat kawal selia Grok, tidak boleh hasilkan kandungan lucah lagi - Fahmi
Jalan Pantai Bersih tidak terlibat permohonan penukaran nama, hanya jalan cabang - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi lulus permohonan lapan jemaah Malaysia tunai haji

Bernama
Bernama
28/07/2020
10:13 MYT
Arab Saudi lulus permohonan lapan jemaah Malaysia tunai haji
Lapan rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini. - Gambar fail
Lapan rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi terpilih dalam kalangan 1,000 jemaah yang dibenarkan negara itu untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jemaah berkenaan telah membuat permohonan terus kepada Kerajaan Arab Saudi.
"Insya-Allah petang ni saya akan buat sidang video dengan mereka (jemaah Malaysia)...saya akan cuba tanya mereka bagaimana persediaan mereka dan akan titipkan sebahagian nasihat kepada mereka sebelum bergerak ke Arafah esok," katanya kepada pemberita selepas Program Misi Musa'adah Pasca COVID-19 JAWI Food Bank di Perumahan Awam Seri Negeri Sembilan, Sentul, di sini, hari ini.
Dalam program itu, Zulkifli telah menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, bihun, sardin, susu dan biskut kepada 50 penduduk yang memerlukan.
Misi Musa'adah Pasca COVID-19 JAWI Food Bank diadakan dengan tujuan meringankan bebanan penduduk yang terdiri daripada golongan asnaf dan B40 yang terkesan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ditanya tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika ibadah korban tahun ini, beliau berharap setiap orang perlu memainkan peranan penting dalam pematuhan SOP dan saling menasihati antara satu sama lain supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#ibadah haji
#Musa'adah
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan